Sunday, 30 September 2012

Rancangan tak menjadi.

Assalamualaikum.

Hah. Ini cerita sudah mahu reput. Sudah boleh kasi itu api buat itu arang itu bakar ikan makan tengah hari maa. Tapi I kasi itu kayu sapu sama gris bagi cantik maaa. 
Untuk buat kenangan maa.


Duduk bilik sorang-sorang. Orang lain sedap duduk rumah. Aku time study week la ada segala exam.EXAM IMD
Asyik berjalan ja kan. Tak lekat bilik betul. Haha.
Isnin tu sebenarnya memang dah rancang lama nak keluar gi mandi carnival sungai petani tu.
Tiba-tiba dapat tau bahawasanya tiket masuk RM 23 hinggit tunai.
Cis. tak boleh lagi mahai ka untuk kami yang kanak-kanak riang ni. =.=
Tiket hari selasa ja RM 10... Terlambat tau pulak.
So.ikut rancangan nak pergi Bukit Hijau, Baling pulak..
Dah tanya dah jalan semua benda. Last-last tak jadi pulak...

Bangun pagi tu tengok cuaca di luar. Hujan~~~~
nak tidooooo!!!!! Aku asyik usya bukit tu ja. Bila dah nampak sikit. Baru la rasa tenang .

Ini pic dekat sekolah lama. Kami pi ambik sijil jemmy dulu. baru gi jalan-jalan.
Cikgu-cikgu tengok lain macam ja anak-anak murid mithalinya memakai seluar datang berjumpa cikgu-cikgu tersayang. Mintak maaf wahai cikgu. Kami sebenarnya nak pergi mandi.hehehe. Cuba pikior?
pi mandi pakai baju kurung? Dapat bayang dak? serius comey giles.

Dekat masjid yan. Singgah sembahyang dulu lepas ambik Intan.
Hujan serius ebat giles wehhh...Memang tau dah rancangan nak mandi tu gagal sama sekali.

haha..Intan suka wat tak pa2 kat belakang tu. 

Singgah beli gula-gula kapas+ jagung cawan.:DD
semalam memang dah terbayang gula-gula kapas. Memang dah aim nak beli.hehe mcam budak2.
Kami singgah sini jala. Nak beli goreng pisang tepi jalan. Tak nampak yang bukak tengah hujan lebat tuuuu...

Aku bawak keta. nak bangga sikit. Kecik bukan sebarang kecik ya.


Lepas antar intan balik. Kami singgah pulak VM dengan TEsco.
memang menghabiskan duit. 2 helai baju aku beli.cis.mencabar minda betui

dah sembahnyang semua. Kami pon balik la Uitm.
Ni singgah makan dekat restoren mana tah.
Sedap giles weh makanan-makanan dia.......!
murah pulak tuuuuu...

Hari isnin mampu tersenyum walaupun rancangan nak mandi tak kesampaian.
Hari isnin lebih baik daripada ahad.:)

yeah.senyum jugak. Duet keluar macam air paip.:D

Tuesday, 25 September 2012

PEngalaman yang bermakna.

Assalamualaikum.

Aku malas nak membebel banyak-banyak...cuma nak letak sebagai kenangan ja.
Bila dah tua.tengok balik.kan boleh gelak tuu.:D

okeh. minggu ni minggu study week.
tapi aku tak balik.sedih tengok orang tarik beg nk balik kampung.* eh2..padahal rumah dalam kedah jugak.*

kebetulan ahad tu ada test IMD.so balik khamis.memang kena balik u pulak lah.
then. habis test pukul 1...
kan banyak masa lagi.nabila takut keboringan keseorangan dalam bilik dia.so rancang la nak keluar.
kalau nak keluar.biar ramai-ramai.
antara sebabnya ialah:
-meriah.
-duit kereta bila bahagi jadi murah,:D

tapi bila ajak semua tak mau.hmm..
so aku mula dah malas nak keluar,
nabila ajak kami 2 ja.
hm.bermulalahh episodnya.

centre square-pi ambik azzam-lembah bujang.
terlajak pulakkkkk...
yang paling sedih.
tiba-tiba kereta tak mau berjalan.
maksudnya?
yes!!!! minyak abeh. tadi bubuh 5ringgit saja!!!!!!!* tolong jangan gelak tengok harga tu.sebab biasalah. nama pon naik kereta sewa.*
Nasib baik berhenti sebelah rumah orang. dan
tersangat bernasib baik apabila ada laki sorang. kalau kami 2 ja.rasa2nya memang nagis dulu.
dia mintak tolog orang rumah tu gi beli minyak. mampu tersenyum disitu.
then. nak start enjin tak hidup pulak,
hm. ingatkan masalah bateri..call lah abang tempat sewa kereta tu.bagitau.
dalam dok tunggu depa mai....ada orang kampung situ tolong.dia tengok2kan last2 kerata boleh jalan.
sebabnya hanyalah satu. Start enjin. gear tak letak dekat P. memang cuai.
tersangat cuai. menyesal sangat2 call abang tu..tersangat menyesal.

kami pon tukar plan pi tanjung dawai. Niat nak mengembara memang Allah tunaikan.


ini nabilah dengan azzam.:)





aku suka pic ni.....macam pakai dslr.waa



1.Berani curang dengan aku?????? Bersedia tengok aku terjun laut.
2. Nabila!!!!! jangannnnnnnnn..Aku tak nak jadi saksi pembunuhan.
3. Aku rasa macam air laut tu dalam pulak. tak jadi lah..terasa kelaparan.jom makan.
4.Laaaaaaaaa.......?????-.-



 

Balik tu makan pi antar pulak azzam. then terus balik.
bila dah hantar kereta. Abang tu pulak buat kami tension kat situ,.
Sabar lah wahai hati.
Nampak ja muka kami terus dia serbu. hampa bagi kereta rosak ka?
tak pon. Minyak kereta yang habis.
Dia suruh kami tunggu.nak check kereta. ok, memang macam tu peraturannya kan.
yes! memang kami perempuan. kurang pengetahuan bab dalaman kereta.
tapi tak berapa patut nak memperbodohkan kami dengan calar bawah kereta nak keta charge.
nak duit sangat ke bangggg...
yes.memang.business tetap busines.
tapi kan. peragai tu nampak sangat memang nak suruh kami bayar jugak.
aku diam ja time dia cakap. nabila saja dok berbalah, malas nak layan.
lepas tu. aku gi la tengok sebelah kiri kereta yg dia dok sebut2 tu, terbuka kan...
gi tengok tak terbuka pon. tanya lah dia. mana tempat terbuka tu. dia jawap.
dah tolak masuk tadi. tapi aku rasa..aku tak nampak pon dia tekan masuk bumper kiri tu.
mungkin aku silap tengok. waahualam.
Angin aku mula nak naik mendadak. Air mata tahan ja. Nak nagis sebab geram gila dekat dia.

Abang tu: *dia start enjin kereta* ni satu lagi. Kenapa enjin ni bunyi lain????
aku: Abang., serius nak cakap. Tadi masa mula2 ambik kereta memang saya dah tegur kawan. kenapa bunyi kereta ni lain. serius saya cakap. Masa nak keluar depan kedai abang ni jaaaa...kami dah dapat kereta. kami tak cakap apa lah.
Abg tu: haa. takpala.yang calar tu tadi.???
*aku nampak dah apa yang dia nak buat.!!!!! nampak kan agenda dia*
aku: Dah tu. yang tadi apasal calar tiba2 pasa bunyi lain macam pulak!!!??
dia tukar topik cepat2.

Nabila tetap nak mempertahankan jugak. aku dah naik geram dengan depa. so. aku tanya kami nak kena buat apa?
 dia suruh kami bincang dengan abg sorg lagi.mekanik la.
yang abg tu dok pokpet2 gitau bengkel dia kat mana.
gitau jala bayaran....RM 60.

Aku: cat sikit tu jakan??????
Abg: adik ingat nak boleh cat macam tu jaka? kena gosok2 dulu.
aku diam ja. ya. betukn ja. Aku tak tau apa2 pon.
yang membuatkan aku geram. calar tu tak nampak. tergoris sikit sangat.
dan ada ka patut dia raba sebelah bawah depan kereta tu rasa calar. dan dia cakap calar.

Last sekali memang dah aku malas nak bertekak. kami bagi ja duit tu,
dia cakap. abang tak pa abang sorang lagi la bla bla.
aku potong terus. Tak pa abang. kami dah bayar. dan terima kasih.

orang macam tu memang tak rugi kalau tak hormat pon.
Memang tak pandai adab sopan langsung!
 yang kereta lain mai hantar depa tak check pon.
dia nak ambik kesempatan sebab kami call cakap kereta rosak siang tu. aku agak yang tu ja.
tak kan calar sikit kena charge. ya allah.letihnya orang macam ni.
dan satu hari tu kami habiskan RM100 untuk abang tu saja.
untuk student rasanya banyak 100 tu sebab tak termasuk minyak.
dan kami keluar 2.45 petang- 7.00 malam rasanya. bukan dari pagi.
dan aku rasa serik nak pergi bagi duit sewa kereta untuk hari2 mendatang.
mintak maaf abang. kalau kami buat salah. kami mengaku,
tapi abang ambik kesempatan kat kami berdua. ya, kami tau hanya kami 2 orang. dan perempuan.
senangkan nak menipu bab2 bukan makanan kami.
kenapa time kami baru nak check yang calar bawah yang tak nampak tu??? yakin ka kami yang buat calar tu????
Abang. Kalau abang yakin kami yang buat.tolong jangan tuduh.
Kami cakap kami tak langgar apa2.
abang cakap MUNGKIN tak dengar sebab depan tu plastik.
ya, abang pon tak yakin apa yang abang cakap kan.,!!!.

Aku ambik keputusan kurang bijak. sebab sekarang baru terpikir. kenapa aku tak snap pic calar tu? logik ka calar macam ni kena harga ni?
kenapa aku tak menipu depa tu dengan cakap saya kena cakap dengan ayah saya dulu?
kenapa tak panggil kawan2 lelaki yang lebih tau pasal benda2 ni?
Aku baru sedar. bila teringat balik. Dia putar balikkan cerita.
Mula2 dia cakap pasal tepi tayar. bila suruh nabila pi tengok tepi tayar.dia cakap pasal tepi kereta.kiri..bila aku pi tengok dia cakap sebelah bawah kereta.
dan seterusnya dia nak masukkan bunyi enjin kereta.

Aku rasa macam nak pi balik tempat tu dan tengok balik kereta tu. Viva elite.
hm. benda semua tak boleh berputar.
pengajaran untuk kami supaya lebih berhati2.
dan menggunakan otak dengan betul.

mintak maaf kalau aku salah. dan abang tu betul.
aku cuma rasa tak puas hati dan rasa tertipu. dan cuma nak buat kenangan.
kalau nak suruh kami sewa dekat tempat abang lagi. memang tak dah.
kami dengar ramai orang terkena dengan abang. waspada.
duit tak baik memang tak baik bila makan.:)

kalau abang betul. saya halalkan duit kami tu.terima kasih.



Monday, 27 August 2012

rayaraya

Assalamualaikum.

I'm back!!! hm.sebenarnya tengah buat assingment math neh. Tapi kemalasan tu tetiba muncul tanpa diundang.
Lama ooo tak update blog. Tak dak mood. malas.hee:D
Semakin hari semakin busy. Macam-macam kena buat. Tapi kita kena study smart.bukan hard kannnnn.......;')

okeh. raya tahun ni tak berapa best sangat sebab terasa diri sudah besar.
yala...dulu kecik-kecik memang excited nak raya. Semua benda nak baru. 
Bila dah besar. Mood tu tak berapa nak ada. * eleh, bukan bleh kutip duit raya dah.* haha
Sekarang bila dah besar. Pakai yang lama pon takpa. iyadak? *entahlaaa...

Malam raya:

Yeah. aku tak balik kampung sebab memang dah stay dekat kampung. Tak pernah balik raya kat kampung. Teringin nak balik kampung macam orang lain. Packing barang semua benda tu.
Memang tiap-tiap tahun kami pasang pelita. cantik gitu.
Baru la ada semangat nak raya sikit.  Bunga api aja tak berapa banyak tahun ni.



malas nak rotate.
malas nak rotate.




 

Raya pertama:

Bila dah tak kutip raya jadi malaslah nak pakai baju raya awal2. hee.
ok.Bangun pi sembahyang raya.* tak pi pon..hehe*
then bersalam salaman bermaaf maafan. Dan kenalah jaga rumah.......

orang raya nak makan. nak duit. depa nak tengok tv.
pelik2 budak zaman sekarang.-.-


anak buahku.

Tengah-tengah busy nak bagi budak2 duit raya tetiba farahin dengan keen mai menjemput untuk raya bersama-sama. Hah! atudia. tak bersiap apa lagi. 
Baru la nak kaut bersiap.
Macam nila tahun-tahun sebelumnya. Konvoi naik moto. *ada lesen kereta memang kena simpan buat pekasam pon=.=

comelkan dia. kawan saia.:D


nak bagitau.betapa gigihnya farahin menjadi pemandu sejati.haha




mcg umi.tetiba hilang kot belakang.-.-

tengah buat keputusan nak tunggu depa atau idak.=.=



Hari yang memenatkan. Penat tunggu orang. letih sungguh depa ni. *penat dengan letih bukan maksud sama ka mira?*=.=
Bersiap lambat. Dah tu sesat. Dah tu kena tunggu pulak.
Tak pasal2 ja farahin pokpet2 macam katak panggil hujan,;')
Then. Kami pon melepaskan tekanan* aku tak tekanan pon* dengan posing dekat matrik yaaa anak2ku.
Perasan budak matrik. Padahal Uitm ja pong. Tolong lah mirang.

tengah-tengah marah pon boleh senyum lagi ooowww.....





tak dapat masuk dalam. kat luar pon jadi laaa....:'')

Last sekali gi raya rumah farahin. Time nak pi tu ada excident keen cakap.
Kami tak sempat tengok pon. Budak tu darjah 3. terpelanting tengah jalan. Darah banyak.
*sedekahkan al-fatihah* 


kawan-kawan lama. untung ada kawan macam depa. 



Raya kedua.:

Raya kedua pon pegi dengan depa jugak. Hari ni pon hari yang menghangatkan hati orang jugak.
Sakit hati betul.ish3.
Mereka-mereka ini memang nak membuat kita-kita menjadi tua sebelum usia betul..
Farahin sampai rumah aku pukul 10. Tiba-tiba depa boleh cakap. Tak jadi. Kita gi pukul 12 pulak.
Sesiapa yang tak rasa macam nak terjun dalam laut angkat tangan????????


sabar itu separuh dari iman okeh.
Dan farahin pon menjadi burung murai dengan pokpet dekat depa. sabar jalah farahin oi....
Sempat lagi budak tu iron balik baju dia. 
Tiba2 dapat lagi mcg. Cancel.pukul 2 pulak,
anda rasa bagaimana? 
saya rasa farahin macam nak hempuk 5kilo batu 4003082o gula kapas dekat kepalanya sendiri,heee
dan kami membuat keputusan untuk pergi dulu. raya 3 orang ja? sadisnya...hukhuk.
dah tu.hujan turun pulakkkk...tunggu pulak hujan berhenti.
hmm. Lepas tu tak raya dah la 3orang apabila umiera dan gengnya naik kereta dan keen pon ada sekali bersama moto tersayangnya, 
ayoooo....depa naik kereta kami moto. *muka nak makan orang*
haha. gitau sajalah jeles.xD
raya kedua kami pergi ronda-ronda yan. mintak maaf kepada rumah-rumah yang tidak sempat diziarah oleh kami. banyak sangat,:D

bergambar dihadapa rumah basirah dan disnap oleh kakanya.
Sedap mee goreng basirah buat, terharu sungguh.:')

rasa-rasa?
raya ka kenduri kahwin?


Basirah memang kaya dengan senyuman,
Nampak berani tetapi sebenarnya idak.--'

Raya ketiga,

Ikut rancangan asal nak pergi raya jeniang dengan hidayah.
Tapi cancel.sebab nak pi raya perlis.
tak dapat jugak aku jumpak. esok masih ada.
hm. Dalam perjalanan nak pergi sana. dekat air hitam. Abang aku excident.
Ada orang langgar dari belakang. Nasib baik laa tak teruk sangat. Kalau tak.tak dapat ku bayangkan.










Raya keempat:

huis. Aku rasa macam banyak dah entri ni. Tapi nak penuhkan jugak.
Raya keempat pergi jeniang. Aku tension+ sedih hari ni. Kak aku tak bagi pinjam kereta.
Dah la asyik hujannnnnnnnn ja...tapi tetap nak pi jugak.titik.noktah.
tunggu punya tunggu hujan pon berhenti. aku pi ambik dayah. dan terus berlayar ke jeniang.
Pi rumah husna makan laksa dan husna tak mandi lagi.-.-
Pi rumah ekin makan muih. dan ajak dia sekali.
Dapat tau dari husna bahawasanya ket excident.* ok, tuan excident tak bagitau pon.paham;")*
Pi raya rumah ket. pembetuan tok dia.
Pic sini tak berapa ada. kenapa tak snap erk?

ini pakwe husna.namanya amirul.
p/s: kepada husna. sory sebab cancel raya ketiga. tak sempat nak bagi hadiah ang dekat mirul.sory.

hidayah.ekin.aku:)
aku tak berapa suka pic ni sebab nampak aku pelik.tapi apakan daya.letak ja.
ket,colour baju gn enset kitew sama laa.:D

Time raya rumah ket. memang segan gila nak masuk. sebab
.adik beradik dia nampaknya semua pulang ke kampung.ramai dohh.
.aku segan.

mak cik dia kot. cakap:
sapa yang tangan sejuk tu dia lah kot kan.....
hahaha. itulah tangan ekin.:)


raya ketujuh:

okeh. apa istimewanya raya ketujuh ni?
sepupu aku akad nikah. jom layan pic.
ehh......majlis kawennya belum. baru akad nikah.







dan petang tu tibalah masanya untuk aku balik ke kolej. malasnya teramat lah sangat.
okeh.bye.:)
tak siap jugak kerja math aku.-.-

nak letak pic ni.

orang lelaki raya pakai baju melayu.bersampin.:)

naik basikal petang-petang,:D

tengok matahari terbenam

bukan aku.harap maklum. 

babaiii...:))))))