Wednesday 10 December 2014

A little things

Assalamualaikum.

Sejak dua menjak ni kepenatan utk aku.. Bila aku rasa tiaptiap hari aku kena motivasi diri sendiri. Positifkan diri sendiri tiaptiap saat. Dalam dok buat keja elokelok tetiba nak menangis. Sensitif bagai tak bole belahhh. Aku perlukan seseorang bagi semangat kat aku. Positifkan aku. Serius talk. penat nak motivasi diri sendiri ni sebenarnya. 

Itu hari tu. Lepas 2 minggu maybe. Lepas aku dah bole terima then baru tetiba aku terfikir. Kenapa time aku perlukan seorang kawan bagi katakata positif bagi semangat kat aku. Tapi tadak sapa yang tanya. Ang kenapa weyh? Status yang aku buat senyap jek. Memang status tu untuk motivasi diri sendiri, Aku perlukan semangat balik. Tapi tadak sapa bagi semangat. Serius tadak sapa. 

Ya. Busy. Busy dengan life memasing. Dah pakat masuk u semua. Tapi dulu aku study. Depa ada masalah. Aku tolong. Bagi semangat. Serius time tu aku hanya perlukan seseorang yang cakap okey mira. Ang buat benda betul. Tapi tadak sapa. 

Cik aku bagi ayat positif tiaptiap pagi aku nak pegi keja pon aku dah okey sikit. Nasib baik ada jugak. Tapi bukan kawan. Serius time tu aku tengah cari. Sapa yang aku nak mintak ayat semangat sikit. Sapala. 

Dan sekarang aku dah okay okay. Baru terfikir. Kenapa tadak sapa yang singgah walaupun depa tau aku tak okay. 

Aku tak mau ambik serius sebenarnya. Bila ambik serius, aku akan buat taktau. taktau. Then. sekejap ja hubungan kawan tu bole jadi rengang. Sensitif sangat tak okey jugak kan. Betulla tuh. 


Friday 6 June 2014

Kalaulah aku buat. Kenapa aku tak buat????

Assalamualaikum.

Mari kita sesama lihat situasi dibawah.

"Kalaulah aku cakap dekat miss awal-awal aku takmau jadi bendahari."
"Kalaulah aku tak bawak duit kelas malam tu pegi dewan perdana."
"Kalaulah aku tak percaya cakap abang 'penjual' tu senang-senang mcm tu ja."
"Kalaulah aku isi borang kolej."
"Kalaulah aku isi borang kolej"
"Kalaulah aku isi borang kolej"
"Kalaulah aku isi borang kolej"

Kalau. kalau. kalau dan kalau.
Kalau tu takkan merubah apa benda pon, Benda dah pon terjadi. Dah pon berlaku.
Apa yang kena buat?

Just hadapi dengan tenang jela walaupun tara nak hadapi dengan tenang dan lenang tu kena menagis. meraung. meratap. menjerit. membaling dan meninggal. eh? hihi

Ada orang cakap. Kadang-kadang kita kena keluar dari tempat keselesaan tu.  Tapi bila aku try keluar. Ambik KAU!

Aku rasa. Alahai. Kalaulah aku tak buat.

Aku keluar dari ruang selesa aku dengan pegi isi borang business ke China.
Group kami dapat pi. Tapi aku dengan gegesnya pegi hantar orang lain yang hanya sebagai pelakon tambahan tu dan sampai sekarang. Barang-barang tu tak habis lagi terjual. Ok. bye.

Aku try keluar dari ruang selesa aku. Try ambik benda tu sebagai satu cabaran utk aku. (Jadi bendahari event)
Last2. Memang TERSANGATLAH MENCABARRRRRRR dengan dfjkotjyk/ k.bye.

dan macam-macam lagi la yang aku try utk keluar dari zon selesa tuh.

Sekarang ni aku tengah pikir pasal rumah sewa.
hm. Macam-macam jadi. Entah.

Mood. semangat aku hilang terus nak masuk study walaupun dah last semester.
Ingat last semester tu 2 bulan?
5 bulan pon tetap aku takdak mood dah. Wahai semangat. Kembalilaaaaaaahh. Sob sob sob.

Amirah seorang yang kuat.
Amirah seorang yang baik.
Amirah seorang yang tenang.
Kau boleh amirah.
Keep strong. Move on!

Ready? GOOOO!!!!!!




Monday 26 May 2014

Cari cari rumah sewa (student uitm merbok)

Assalamualaikum.

Selamat malam diucapkan untuk semua tetamu yang hadir. Eh? Tetiba. kbai

Okey. Sebenarnya aku nak menaip ni lama pasal rumah sewa ni lama dah. Tapi asyik postpone ja.  Macam entri aku pegi Langkawi tu. Sampai ke sudah. Diam tak berkutik.

Tanpa melengah-lengahkan masa lagi. Mari kita mulakan cerita kita oke. (ko dah kenapa mira?. -.-)
7.6 ni bermula lah kisah aku sebagai student semester akhir, in sya Allah. Doa-doakan lah ya. :)
Bila nama pon semester akhir. so kolej pon macam tak mau terima dah la (tapi bila mntak ramai jugak dpt. kalau lah aku tau akan dpt. memang dgn semangat aku isi borang kolej. sob sob )

1. First of all. sebelum nak cari rumah sewa. Mestilah kena survey dulu harga berpatutan ke tak dengan kemudahan, barang-barang, peralatan and so on.

2. Sapa study Uitm Merbok. Rumah sewa area situ banyak banyak banyak sangat. Pepandai la ampa survey. Nak senang. Just pegi ja portal Uitm. http://kedah.uitm.edu.my/v1/info-for/currents-students/info-for-student?start=20.
Kat situ banyak contact number tuan rumah. Call ja la.

3. Cara lain selain ambik dekat portal ialah. Ampa kena rajin ronda-ronda kawasan taman la . Nanti ada la papan iklan dekat pintu pagar rumah. Fasa 1,2,3,4,5 n taman dekat Tupah tu.
Berdasarkan pengalaman aku pegi survey.  Taman dekat Tupah tu banyak kosong dan agak murah. Dah nama pon macam agak tersorok gitu, jalan kelam bila malam (Eh?), agak bahaya untuk perempuan aku rasa.
Taman paling dekat ialah belakang bank simpanan nasional.

4. Harga tu ikut tahun la. Tahun 2014 ni ha. Biasalah. Harga barang naik. Harga rumah pon sibuk nak beratus sekali. Harga paling murah aku survey RM 350 (itu pon sebab rumah kosong. Just ada dinding.tingkap.lantai.langsir.air.bilik etc)
Standard aku rasa RM 500-RM600 lah.( Yang ni Fully Furnish okey)

5. Dan seterusnya mestilah kena bayar deposit kan? Ini yang macam OMG sikit. Start cari rumah sewa utk semester depan mestilah hujung sem kan? Bila nama hujung sem. Rasa-rasa tiap-tiap hari makan maggi ka Pizza? hihi.
Ada yang tuan rumah sewa tak kisah deposit berapa. Janji bagi sebagai perjanjian kita comfirm nak rumah tu. Kalau tak rugi lah depa tetiba kita cancel kan?
Ada yang sampai beribu sorang deposit. Sebab? Masuk duit bil air lah. Bil elektrik la. Duit sebulan siap-siap la.-.-

6. Kalau dah rasa berkenan di hati tu. Pegi lah tengok rumah tu dulu macam mana. Dan bandingkan. Berbaloi ke idak dengan harga tu?
Takut japgi. Rumahnya cekuit tapi harga --'
Setiap taman. lorong perumahan tu. Lain rumahnya ha. Macam Fasa 4. rumah depan besor-besor. rumah belakang. kos rendah tapi dalam taman yg sama.

7. Aku pon ada jugak nombor phone rmah sewa. Ada la sikit. Kalau nanak PM. Kalau aku simpan lagi.:)

Oke, tu ja mybe tips nya kot. ? Aku cakap berdasarkan pengalaman aku ja. Okeh. :)

Ni rumah yang pernah aku survey. Sebenarnya banyak. Tapi ni rumah yang aku berkenan kt hati jela. Gambar tu tak snap sangat pon.

1. Ini rumah sewa polis bantuan. Perempuan. Akak apa nama lupa.



Kami gi tengok 3 buah rumah sewa akak ni. Rumah first tu memang oke dah. Senang nak cari. Tapi memandangkan keluar pintu nampak hutan getah. Cancel. Rumah ni tak snap pon sebab ada orang. student lelaki,
then gi tengok rumah kedua pulak. Orang lain semua setuju tapi aku macam berat hati sikit lah. Sebabnya rumah tu kat area Tupah. then rumah tu dah lama tinggai. Aku tengok pon seram oke. Tapi luar tak nampak seram pon.  Rumah tu luas (dalam). Harga pon oke. Fully Furnish lagi walaupun peti ais kena letak bata kan. deposit dy MAHAI. -.-

2. Ini pulak rumah Pak Cik baik.



Sebelum jela baiknya. Walaupun rumah tu kecik siki t. sikit ja. tapi takpala. RM500 fully furnish (siap ada almari besor sorang-satu). Depan rumah taman permainan (bole lah menjuai cekelat :p) Jiran sebelah pulak student laki. (bole la jeling-jeling). Aku tipu ja,. mana bole gatal2. Jiran tengok oke.
Memang aku dah set date dengan Pak cik ni nak bayar deposit. Tetiba dia boleh pulak mcg aku.(aku simpan mcg ni sampai ke detik ini ha)

"Dik minta maaf byk sbb rumah tu anak kawan baik saya nak duk so saya terpaksa bagi kat anak dia"

Aku agak mesti anak kawan baik dia tu Degree. Sebab time tu degree nak masuk kan. N betullatu.
Dengan hati yang kuciwanya aku rehda. Aku suruh Intan reply mcg p.cik tu. Intan marah jugak lah kan. Terpaksa la cari rumah sewa lain pulak.

Nak dijadikan cerita selepas sebulan Tiba-tiba ada mcg masuk.

"Rumah masih available sbb anak kawan saya tak jadi lak sewa. Jika masih berminat bagi tau. Sorry"

Aku tak reply pon sebab kami dah dapat rumah time tu. Aku malas nak reply sama sebab geram giles. Cakap tah apa-apa. Dah la sibuk seteress dengan event. Lagi mencari pasal kan.
Tapi lepas tu aku reply jugak tanya. hihi. Dan dia kata dah ada orang (entah la betul k tak)

3. Rumah ni kekawan aku yang jumpak; Fasa 5.

 
ini bilik master.

RM 600 fully furnish.(tapi tadak tv.) Aku macam tak setuju sebab baget aku bawah dari RM100 sorg, tapi. hm. biasalah. kawan-kawan kan. Masam muka jugak la pasal rumah sewa ni. Setuju jela dengan hati tak berapa boleh terimanya.
Then bila aku gi tengok.Oh. Bole terima dah. Sebab cantik rumahnya. Patotlah harga pon sedikit cantik. Pagar siap bebunga lagi u. Jiran sebelah kanan student jugak tapi perempuan dan sebelah kiri family rasanya. Lupa.

 
ini bilik hujung sekali. Badan toilet dalam blik ni. --'



oke. Bye. :)


[ Disinilah startnya bergaduh sikit. Bukan dgn tuan rumah. Tapi dengan kekawan. Sebab? Nak pilih bilik. Semua nanak bilik master. Semua takmau bilik hujung. Orang yang gi cari tu dah siap tempah nak dok blik mana. (Ya. tak cakap salah) tapi tak smua orang setuju gitu. Harap sangat lepas ni boleh bertolak ansur. berkerjasama. tolong menolong. haha..
Lagi seminggu nak masuk tetiba kawan sorang ni pulak family dy tak bagi dok rumah dewa. Then acena tu? Aku tak mau bayar lebih daripada RM100 okey. NOKTAH!!!

Aku pon taktau apa akan jadi seterusnya ni. Aku harap semuanya baik-baik ja. dan tinggalkan kenangan manis kami kekawan. Amin...Amin. Amin..]

Sedangkan lidah lagi tergigit. Inikan pulak kekawan kan? Aku harap sangat semuanya oke.










Wednesday 14 May 2014

Makaroni Bakar

Assalamualaikum.

Lai lai. Okey. Hari ni aku nak share resipi makaroni bakar. Sedap okeys.
First time aku makan . Time tu hawa. roommate aku bawakkan. Terus mintak resipi.

Sebenarnya resipi ni untuk liya.  Dia dah tersilap beli cheese. Dia tak tau nak buat apa. So aku suggestkan buat makaroni bakar ni.

  

Simple aja bahan-bahannya. PREGO tu yang CENDAWAN punya ya.
Daging or ayam tu kalau biasa. Hiris la bagi kecik kecik.

1. Rebus dulu makaroni. Masuk air. sedikit garam dan sedikit minyak.  Makaroni agak-agak la berapa orang nak makan lah. 
Apa fungsi minyak dengan garam? Aku pon taktau.  Tak sempat nak tanya chef pulak kenapa.

  

2. Lepas dia dah masak. Toskan. Jangan biar sampai kembang pulak. -.-
Macam mana nak tau masak? Makan la satu makaroni tu. Tak keras maksudnya masak lah. hihi.

3. Then. Dalam kuali lain. Letak minyak sikit. Goreng daging/ayam/hotdong sampai masak. Daging/ayam tu cincang la bagi kecikkecik. Lagi banyak lagi sedap.

4. Lepas dah masak. Masuk PREGO CENDAWAN. Kalau pakai tin kecik. Masukkan ja semua. 



4. Then. Masuk makaroni yang dah masak tu. Kacau sekejap jadi la. Sebab japgi nak masuk oven plak. Satgi kering sangat pulak.

5. Oke. Masa untuk kita letak cheese. First letak dulu makaroni bagi rata. Then letak la cheese atas makaroni tu. Next. letak makaroni pulak. Gilir-gilir la. Sampai habis makaroni. 

Aku suka cheese banyak. So bubuh la banyak slice. 



6. Letak cheese banyak-banyak sikit yang atas sekali ni. Aku bubuh sikit jek tu. 
Then. Bakar la dalam oven lebih kurang 10-15 minit. Bagi cheese tu cair ja. 



7. Tada!!! Sudah siap tersediaaa. Tak boleh dibayangkan. SOoo Yummy. Aku yang menaip pon lapar sekali. Boleh la dimakan sewaktu panas-panas. Sedapp!!!!!!



Makaroni ni aku tak bakar n letak cheese. Just goreng ja, lebihan prego buat Piza.

  

Selamat mencuba !

Wednesday 16 April 2014

Street art, Pulang Pinang


Assalamualaikum.

Hoi hoi.. hampir sedekad rasanya senyapkan blog nih. Semester ni dugaan paling banyak. Dan paling busy. -.-
Sekarang. tengah start cuti sem. Dan aku tak abes lagi tugas semester lepas. Apa cer ni haa! malasnyaa.
Miss syam bagaikan bayang-bayang ja. ples lari jauh-jauh sikit...

Okes. sudah. Hari tu. aku pegi jejalan with my roommate. Semester ni last kami jumpak. semester depan masing-masing dah hal masing-masing. Aku dengan hawa dah pindah rumah sewa memasing utk semester last. insyallah. Alia stay kolej sbb dia punya kos sampai semester 6. Aku kenal my roommate masa semester 1. umur 18 time tu. sampai lah sekarang umur 20. so. 3 tahun gitu la.. Bila aku selalu stress dekat kelas. depa la pendengar setia dengar aku punya bebelan yang tah apa-apa tuh. Thanks sbb sudi dengar cik amirah ni membebel tah apa2.

Okes. Start cita ya.

Kami stay Uitm Merbok. Sungai Petani lah kiranya....dari sp nak ke penang tak lah lama mana. Lebih kurang sejam ja pon.
(Tol awal tu dari sp-sg.dua kalau tak silap. rm 7.00 dan tol dekat jambatan 3.50)*just utk aku tengok balik.

Macam mana nak cari street art ni?

Senang ja sebenarnya. Aku tak berapa suka jalan Penang sebab semak kepala. Jam ja keja kan. Kereta banyak. Jalan pening kepala. Sebab aku selalu pegi follow kereta kawan asyik sesat ja.

Street art ni kat George town. Kalau naik jambatan. Just follow ja sign board George town. Then cari ja tempat naik Ferry dan Cruise tuh. Bila dah sampai area Jeti Ferry tuh. Kome jangan pegi naik Ferry pulak. Cari ja area situ MASJID KAPITAN KELING. pusing ja area situ, jumpak la. Tepi jalan ja masjid tu. Just jangan pegi cari dalam lorong-lorong bangunan pulak. Cari masjid tu dekat jalan utama.


Bila dah jumpa masjid tu maksudnya anda berada di tempat yang betul. So pegi la parking kereta. moto. basikal or whatever la. Parking ja tepi2 lorong tu. Banyak tempat park.

Okey. Pilihan kat situ. hampa boleh naik beca. sewa basikal. or jalan kaki jek. Aku naik beca. Naik beca mudah bagi orang yang tak tau tempat2 mural tu kat mana. or. sesapa yang first time kan. Beca pilihan terbaik anda. sebab pakcik beca tu memang dah tau kat mana nak bawak kita.

Sewa beca? ikut juga. Aku punya RM 25/ 1jam 2 orang. ada yang RM10/person.
Basikal pulak aku taktau sebab tak tanya pulak. Basikal sewa boleh dapat dalam lorong-lorong bangunan tu.



Apa lagi aku nak cerita? hmmm. kami puas pusing jugak sebenarnya. sebab tak tau jalan. Padahal senang ja nak cari. Bila nak beca. Baru nampak. alahai. tadi kita naik kereta lalu lorong ni dah. Just tak masuk dalam lorong-lorong lain. So. dinasihatkan. ringan-ringankanlah kaki tuuu nak berjalan. :)

Meh tengok gambar.


















Kalau hampa nak tau sebelah masjid kapitan keling tu ada NASI KANDAR BERATUR yang femes yang Penang tuh. Area situ memang susah nak cari kedai makan sikit. Aku tengok asyik kedai makan Cina ja. -.-

Masjid surau pon susah nak jumpa area situ. Last2 pegi masjid keling tu ja. Besar cantik masjidnya.
Time sembahyang magrib gn isyak ramai ja aku tengok mamak muslim pegi sembahyang jemaah tau, Imam bagi tazkirah pon dalam bahasa depa. Dua patah pon aku tak paham. Just sepatah ja faham. Muhammad saw.

Untuk kedai makan yang famous area george town tu Padang Kota. Area komtar lah jugak kan. Jalan aku tak berapa nak pasti sangat. Sebab kami pegi malam. dan kami follow abang polis. heh?

Yang aku tau,. dari masjid kapitan keling tu. sebelah kanan masjid. terus ja kot.
Dekat sini. banyak gilessss makanan penang. tak yang paling popular tuuuu semestinya pasembor. Mcam dok tengok dalam cerita. ada cucur udang bertingkat-tingkat tu kan?
situ la. tapi hati-hati nak pilih. kang tercekik tulang ayam dengar harga pulak.
Pilih la yang rasa-rasa nak makan kalau budget tak cukup. RM 80 pon bole jadi tau untuk pasembor saja.

Aku makan nasi goreng pattaya paprik. dan semestinya harga dekat foodcourt amanjaya murah lagi,
Kalau nak try char keuw teow pon okey jugak. Udang p
uas makan. tapi. sikit ah keuw teuw tu kan.
Kalau hampa pegi sini jangan terkejur tetiba terus orang akan kerumun tanya order. sampai taktau nak order apa. Apa depa sebut pon dah penin.

dan. nasihat seterusnya ialah. Parking kereta elok-elok area Padang kota, Keta kami kena saman dengan masjis bandaran, so sweet. -.-

dan hari ni jugak hari malang bagi aku. Pagi kena marah dengan miss sham. Malam buat kerja kantoi dengan polis bantuan. dan keesokkan paginya. dahla menumpang tidur rumah orang. Blackout pulak tu pepagi tu.
Sungguh seram percutian kami.

Monday 10 February 2014

Terima kasih.

Assalamualaikum.

Haigo. Aku nak jadi pendiam plak la. Bye.

Itu orang selalu cakap. Jangan terlampau memendam rasa. Luahkan sama. Bila biarkan lama.
sekali marah. dia akan effect lama dan berkali-kali sebab.
sebab.

sebab.

akan terkait segala benda yang dipendam selama ni.

Right?



Tuesday 19 November 2013

Agar-agar zirafah aka Gwang Soo

Assalamualaikum.

Hari ni aku nak kongsikan satu resipi yang mudah, senang, mudah dan senang. Buat cekodok pon tak mudah macam ni. eerrk? ya ke?

Sangat sedap okey. Rasa susu milo yang cair didalam mulut. 
Lagi sejuk lagi bertambah tambah tambah sedap. Yummy. Boleh bayang?
Aku suka bangeeet buat macam macam macam jenis agar-agar, puding ginigini..
sebab. cepat habis, then mudah. next sedap. dengan cuaca panas memang sesuai la!

Aku buat tadi petang. Malam dah tinggal sikit. 
Oppss. lupa. Agar-agar zifarah sebab ada lah sikit. S.I.K.I.T mcam zirafah tu. :P

Jom tengok resipi ni. Alaa...macam nak buat agar-agar biasa la. tambah milo bagai tu ja pon.

Bahan-bahan:
Daun pandan
400ml susu sejat/ susu cair (satu tin)
800ml air 
3/4 cawan gula
agar-agar
milo


Cara-cara;
1. Masak air + susu sejat + gula + daun pandan(simpul) kedalam periuk. Biar sehingga gula hancur.
2. Basuh dulu agar-agar tu..then masukkan dalam periuk. (kalau pakai yg jenis tali) 
3. Biar agar-agar hancur. Bahagikan 2 bahagian. 1bahagian utk letak milo (agak-agak ja) tapi pastikan yang milo sikit dari susu.
4. Bahagian milo dikeraskan terlebih dahulu. Then potong la kecik-kecik.
5. Masuk dalam bekas yang bahagian susu tuh. then tabur jela agar-agar milo.
6. Done.


Done. Jemput makan. Gambar tak cantik betul. -.-