Thursday 21 February 2013

Baju semakin mengecik.:(

Assalamualaikumm.

Tadi kan aku pi kelas koko. Rasa macam lama tak pakai baju satu tu. Aku suka baju tu sebenarnya tapi aku suka pakai dengan seluar colour putih. Disebabkan sem ni aku sangat seriyau dengan mak cik polis bantuan tu. Aku tak pakai dah. tapi memang kos OM tak boleh pakai seluar jean pon kannnn.-.-

Sem ni memang lo. Polis bantuan asyik dok tepi jalan tu menyaman orang ja. -.-
Aku dah 3 kali kena. Sebab hahahahaha. terlupa pakai kat matrik. dan tak leh pakai kain belah tuuu.
tapi aku baik tauu. ( Puji diri sendiri???? Tak maluk bebenor) Tak pernah lagi la kena saman tuu. Kena balik kolej balik ja :(

Bukan tu yang aku nak cakap sebenarnya. heheheh.

Cuba tengok elok-elok.
Tak kan baju dan semakin mengecik kotttttt!!!


sebelah kiri pic tahun 2012 bulan 7 8 tu maybe. Kiri 2013 bullan 2.
Arrgh, dah makin berisi...:((((((

Thursday 14 February 2013

Kenapa model semua cantikcantik?

Assalamualaikum.

Idea untuk entri ni tibatiba dia terbang atas kepala aku time tengah makan. Teringat kecantikan Fatin Suhana tu. Ishishish. cantik lah dia.
Kenapa tak orang macam aku ni? haha. comfirm lah tak boleh. tak menepati kretiria model langsung. Ulang lagi sekali ya. Langsung.
Cuba hampa bayangkan kalau model majalah tak comey. Adakah tertarik nak beli? Ikhlas. kalau aku pon tak beli. Tiba-tiba lagi fikiran melayang layang macam layang-layang dibawa angin. haha.
Teringat Farahin cakap tadi time aku gi makan dengan dia.
Butik serius lawa gila. tapi makeup model out. model hidung kembang lak tu. haha
tolong lah jangan marah. Contoh ja.

Berdasarkan analisis aku lah sepanjang berjalan naik bukit, turun bukit, langkah lopak, langkah longkang, lalu depan polis bantuan nak pi kelas tiap-tiap hari kan. Macam-macam fesyen tengok. Cantik-cantik semua.
Tapi kan., bukan nak cakap. Orang cantik pakai apapon tetap cantik. Jeles. ._.

yoona comel!! :)
Itu ja kot. Okeh. byebye.

Wednesday 6 February 2013

I've learned.

Assalamualaikum.:)

Tarik nafas. Hembusss~~~
Bagus. Tepuk tangan untuk diri sendiri. -.-
Tepuk tangan untuk aku banyakbanyak. :(
Okeh. Aku tengah mencari maklumat nak buat assignment business, admin and BBM.
5 assingnment semua nak lepas raya cina. hayo. Kalau nak tau sem ni presentation tak pernah lagi dapat nombor selain angka 1. bertuah sungguh. tak terkata. :) -.-
business individual assignment Corporate Social Responsibility dan group assignment kena opening own business.
Admin pulak kena buat mock meeting dan kena pi SSM.
BBM pulak kena buat huraikan ciri-ciri penulisan surat rasmi berkesan daripada surat-surat rasmi yang kami cari tuh. susah la yang ni. hmm...

okeh. Aku dah dapat baucar buku 1 Malaysia tuh. Selamat bershopping untuk diri sendiri.:)

Lagi satu kann... tadi.. Aku bukak lah fb sebab rasanya 2hari dah tak bukak.
Dalam syioksyiok aku tengok wall tuh. sampai kat post last. OMG.
suka bagi darah aku turun secara mendadak dan mulut aku ternganga dan mata aku terbuka luas dan kemudian kepala aku tak mau tengok dan kaki aku lari dan tangan aku cepatcepat klik button log out.:)
Jangan lah macam ni. kasian hati ni kan. Asyik terkejut ja... Nanti kalau kena heart attack macam mana..
tak baik tau gitu. -.-
Line ni pon satu. cuba bagi gambor tak naik. kan bagus. tak lah aku terkejut sangat gituh.(tetiba salahkan line-.-)
Aku ingat aku boleh terima dah rupannya tak lagi. ish3 mira....
Okeh. AKu boleh kan. Apalah sangat. Ikut suka depa lah kan nak buat apa. Kita enjoy:))))



Friday 1 February 2013

Sungai Merbok ada BUAYA????

Assalamualaikum.

Pejam celik pejam celik masuk dah bulan 2. Yeahhh. Memang aku tak sabar nak masuk bulan 2. Nak cepat2 abeh bulan 1. Aku harap sangat bulan ni lebih baik dari bulanbulan sebelumnyaaaaa........
AMIN.


Okeh. semalam kami pergi keluar berjalanjalan. Mentangmentanglah kelas memang takdak ari khamis kan.
TUtuttt. Pembetulan. Kami keluar pergi buat assignment BBM110 (bahasa melayu pejabat). Pergi keluar cari surat rasmi segala tempat jabatan kerajaaaaaan. hmm.-.-'
Kos OM ni memang kena keluar sungguh. hai~~
Fuhhh. lap peluh. eleh ko mira. padahal suka. woip2. syiok apa keluar jalanjalan pi tempattempat gitu.
kalau bukan sebab kerja memang kita takpi dahla kan.
Jumpak orang. best ark tuh.


Nampak dak? banyak tuh..Tapiiii kann,, terlupa lah pulak khamis office balik awall.
Paling geram pergi HOSPITAL tu.. kami buang banyak masa kat situ. Tempat kami first pi dulu pon hospital. Memang mood tu dah down terus lepas keluar hospital. tak Pasalpasal dalam kereta kami asyik membebel. Kenapa marah sangat?
Ya allah..kakmakcik kaunter pentadbiran tu. Adab etika tu tak berapa nak ada. Tak salah pon kalau cakapp baikbaik dengan kami. Sikit tak dapat dosa. Kami cakap elokelok tapi dibalas agak buruk.
Kak. Kami pon tau kami ni student lagi. Kak dah ada pengalaman kerja bertahuntahun dah. Tau lah. tak payah tunjuk peragai senior sangat suruh kami tau okeh? :)
Kami pon tahu kena buat appoinment dulu. Tapi kami hanya nak surat rasmi yang tak sulit. Kenapa kami pergi kat lain senang ja dapat walaupun jumpa orang atas? Kenapa perlu marahmarah cakap kasar dengan kami. Serius sabar saja. Berapa kali tarik nafas kat situ. Depa HEBAK. takpa. kita diploma ponnng tak abeh lagi kannnn. Fahamfaham. * Sila angguk kepala.
Hospital. ish3. Teruk sungguh perkhidmatan etika. Elok dia dah abeh cakap dengan kami. Apa yang perlu kita buat kalau dia layan tak elok. Ya. Silalah senyum sampai telinga. Ucap terima kasih. Dan jangan lupa mintak maaf. MINTAK MAAF KALAU MENGGANGGU  ya.

Alhamdulillah. Tempat lain semua okey. Hm. Yang penat minggu depan kena pi balik hospital tu sebab dah buat appoinment gan depa. Tunjuk lagi muka. -.-
Tapi tak apa lah. Polis dengan tentera tak pi lagi. Tak sabar pulak. Harapharap kerja jadi mudah.
Polis tuh tak bagi harapan sangat. sebab rasanya macam sulit ja. tapi try tak salah kan.;)
haaa. Satu lagi yang pelik. 2 pejabat hutan kami pi. tapi dalam tu semua rumah orang. Pejabat tak nampak pong. Pelik sungguh. Signboard kemain besar,

OKeh. Habis dah cerita pasal tuh. Bila dah tengok jam awal lagi kan. Syikin menyusul cadangan untuk pergi sungai merbok. Titi semeling tuh. Cadangan diterima sebulat suara.
Tiaptiap minggu lalu sungai tu. Dalam hari tiaptiap minggu tu asyik memuji kecantikan sungai tu ja. sekarang dapat pon pergi. haha.
Padahal dekat ja. ayoo. Okeh. JOm layan gambor,

harga tak nampak. Kanak-kanak RM8
DEWASA RM 15 or 18 kalau tak silap.


Itu kalau nak naik feri Princess Amera tau. OMG. nama amira ni memang popular pon. Harap maklum. :P


gelak mengekek sorangsorang bila tengok pic neh.









terima kasih kereta. bawah kami seharian.:*

ini tempat bakar arang kayu bakau.


Dalam tempat info gitulah agaknya. ada maklumat pasal kayu bakau. pasal sejarah2 ni lah.
sejarah gunung jerai. macammacam lah.. so sapa yang ada tugasan cikgu bagi pasal sejarah tu. boleh lah dapat kan kat sini. Macam form 6 kan. kena buat pasal tempat bersejarah kan? boleh lah dapatkan maklumat dekat sini. :)

*Farahin: Pasal rumah seri bahai gn rumah tok su tak dak plak maklumat dia kat sini.:D

antara maklumat yang ada: MASJID PANGKALAN KAKAP. GUNUNG JERAI. ISTANA PULAU TIGA. MAKAN SULTAN MUZAFFAR SHAH. PADANG TOK SHEIKH. SEJARAH NEGERI KEDAH. yang lain aku terlupa.

*sila klik gambar untuk PEMBESARAN.

ini sejarah penubuhan KEDAH, 



OKEHHHH.. mana buaya nya???

Intan cakap sungai ni ada buaya. tah. nampak gaya macam. tapi tak pernah lah lagi ada orang kena makan dengan buaya kat sungai ni.




pemandangan dari titi. kualiti kamera tak memuaskan. 


okeh. Terima kasih. :)