Tuesday 19 November 2013

Agar-agar zirafah aka Gwang Soo

Assalamualaikum.

Hari ni aku nak kongsikan satu resipi yang mudah, senang, mudah dan senang. Buat cekodok pon tak mudah macam ni. eerrk? ya ke?

Sangat sedap okey. Rasa susu milo yang cair didalam mulut. 
Lagi sejuk lagi bertambah tambah tambah sedap. Yummy. Boleh bayang?
Aku suka bangeeet buat macam macam macam jenis agar-agar, puding ginigini..
sebab. cepat habis, then mudah. next sedap. dengan cuaca panas memang sesuai la!

Aku buat tadi petang. Malam dah tinggal sikit. 
Oppss. lupa. Agar-agar zifarah sebab ada lah sikit. S.I.K.I.T mcam zirafah tu. :P

Jom tengok resipi ni. Alaa...macam nak buat agar-agar biasa la. tambah milo bagai tu ja pon.

Bahan-bahan:
Daun pandan
400ml susu sejat/ susu cair (satu tin)
800ml air 
3/4 cawan gula
agar-agar
milo


Cara-cara;
1. Masak air + susu sejat + gula + daun pandan(simpul) kedalam periuk. Biar sehingga gula hancur.
2. Basuh dulu agar-agar tu..then masukkan dalam periuk. (kalau pakai yg jenis tali) 
3. Biar agar-agar hancur. Bahagikan 2 bahagian. 1bahagian utk letak milo (agak-agak ja) tapi pastikan yang milo sikit dari susu.
4. Bahagian milo dikeraskan terlebih dahulu. Then potong la kecik-kecik.
5. Masuk dalam bekas yang bahagian susu tuh. then tabur jela agar-agar milo.
6. Done.


Done. Jemput makan. Gambar tak cantik betul. -.-





Monday 18 November 2013

Sungkyunkwan Scandal

Assalamualaikum.



Siapa tengah follow drama korean ni angkat tangan????
Drama ni ada di TV4. Setiap isnin hingga jumaat jam 12tengah hari, 
12 tengah hari memang waktu membosankan untuk orangorang yang tengah goyang kaki makan tidur dekat rumah right??? muhaaaha
macam aku la tu. #lagi 4hari nak say byebye kat home sweet home.:'(

aha.dekat astro pon ada. saluran 391. jam 2.25..tapi kan tadi pukul 3.37. aku pon tatau yang mana satu betul ni. aish-.-

Macam mana cerita ni??
Pernah tengok drama He's beautiful?
Pernah tengok drama To the beautiful of you?
haaa..memang sebijik. sesama. dengan kedua-dua cerita yang saya sebutkan di atas ya. 
Cuma. yang lain tu. Ini cerita dia zaman Joseon. 
tapi bessstttt sangat!!

He's beautiful jenis music kan....
To the beautiful of you sekolah sukan...

Drama ni lain sikit. Meh aku cerita serba sikit.
Kim Yun Sik (perempuan) tu dia miskin, tadak ayah, adik sakit. dan zaman Joseon tu perempuan tak boleh belajar. tak boleh kerja. So demi nak sara keluarga. nak ubat adik dia sakit..dia terpaksa jadi lelaki dan kerja. Dia kerja ambil upah menulis puisi.

Nak dijadikan cerita. Dia diarahkan untuk menjual jawapan puisi dalam dewan peperiksaan. Zaman Joseon ni kalau nak jadi pekerja kerajaan kena lulus dulu exam tuh.
Kim Yun Sik ni tersilap jual jawapan puisi dekat anak perdana menteri. nama dia Lee soo jun. (kot? nama aku tak pandai nak mengeja)
Then. anak perdana menteri ni bagitau raja dan mereka diperintahkan utk masuk sekolah Sungkyunkwan. 
Sekolah tu sekolah lelaki dan sapa yang dapat masuk sekolah tu sangat sangat sangat pandai la. 
Disitulah segala cabaran bermula. 


Tadaaa.. Song jong ki berlakon sama! :D


Watak Jong ki dalam cerita ni selalu buat lawak.

Macam cerita lain jugak. Selalunya mesti hero yang nombor 2 akan dapat tahu dulu rahsia tu kan.
Geol-oh yang tau dulu Kim Yun Sik tu perempuan. tapi biasala aku tau punya. mesti hero first tu yang akan dapat nanti. Kasihan Geol-oh..dia dah selalu lonely gitu.

Sebenarnya..aku tak berapa minat sangat cerita topi besar rambut panjang baju besar  gini. tapi disebabkan aku ternampak perempuan tu pernah berlakon dalam city hunter yang sangat bessst tu dan hero tu aku kenal dalam Rooftop Prince. so aku pon tengok laaa.
rupanya sangat besssstttt!!!!!!

Aku tak sempat nak tengok habis cerita ni. :'( 
sebab dah nak habis cuti. Maybe aku akan tertinggal dalam 5 episod kot. 
Korean bukan banyak sangat episod macam cerita indon tuhkan.
Nak tengokkkkkk!!


Aku dah terjatuh hati kat seseorang. Geol-oh yang atas tu.
Bila aku tengok dia lelama aku rasa dia comel sangat. hehehehe.
Mata dia...comel!
dan disebabkan watak dia dapat sama. sangat cool. Serius. 
aku selalu kesian kat dia...

Okes. Pic perempuan aku terlupa nak download lak. Perempuan ni sangat comel. Pipi tembam mcam nak cubiiiit ja. Try tengok dia berlakon dalam city hunter.
tapi dia just sesuai dengan Lee Min Ho ja.
#aku tengok The Heirs Lee Min Ho with Park Shin Hye tak sesuai langsung. -.-
Opppss. hihi. aku cakap pandangan aku ja. 

Byeee!


# Why man always like this..? Sapa tengah permain sapa sebenarnya ni.. Aku cakap betul-betul dia cakap aku permainkan dia. tak faham betul. -.-


Thursday 14 November 2013

Manyak susah hati ooooow.

Assalamualaikum.

Okes. Aku tatau nak cakap apa lagi. Aku sebenarnya dah okey hari ni. Semalam ja susah hati.. Tapi tetiba malam menjelma muncul balik susah hati tuh.

Aku kalau susah hati. Makan tak lalu tidur tak lena. mandi tak basah. Makan tak kenyang. Wat keja semua tak kena.

Pasal apa aku susah hati??

hm..pasal percutian baget kami ke Langkawi. Kenapa nak susah hati lak kan??

sebab. Aku yang booking homestay, car rental bagai. Aku tak susah hati sangat car rental sebab akak alia yang tolongkan. tetiba tak dapat..aku tatau lah kan..tpi dah comfirmkan..

Homestay ni...aku dah bayar dah deposit 150..tapi aku tengok dekat dy punya calendar booking. tarikh aku ambik tu..md.S.???????

tapi. aku hantar mcg. en.Razif tu reply lak cakap oke. dah terima. tengok dekat calendar booking apa2.

ini sebab tetiba en.raziff tu mcg..selepas 5minit aku call dia lah.
"puan just nak survey dulu k tadi or memang dah jadi sebab ada orang tanya tarikh yang sama"

mau tak terkejut risau aku. Cepat-cepat aku pi bank ooowhhhh!!!

Bukan apa...yang merisaukan..kenpa calendar booking tu nama tu..Aku takut japg kami pi. orang len yang ada saja. tak naya kat situ. tapi tak mungkin kan??

Kenapa tak call? Habis cerita.

hmmm..tulah. aissh. aku tak suka bbnor admin ceni lah. Aku selalu akan pikir apa tanggapan orang kat kita.

Paham?? tapi bila tak call. risau. hmm. tataulah wey. syaitan nak mainmainkan fikiran aku ni ..
suka ceni. kenapalah .tak dak apala mira. semua okay jala mira. serius semua akan okay. no worry mira.

nasib baik tarikh memang nak dekat dah. kalo tak boleh sakit jantung aku harihari.

macam mana lah ni. ni baru benda simple nak kena arrangekan.naty dah wat benda len agi. kalo asyik susah hati ceni. tua lama2 ang mirahhhh oiii.-.-

okela.aku memang ceni. first time keja dulu pon rasa sama kan. nak masuk u pon rasa sama kan. nak tinggai rumah pon rasa sama kan. nak pindah sekolah pon rasa sama kan. even nak kenduri rumah aku dulu pon aku boleh tanya my mom.

"Kalau kita masak bebanyak besok orang tak mai makan kenduri macam mana??"

Ngek tak ngek. hehe. fikiran bebudak dulu okeh.

okeyla. aku harap apa yang dirancang menjadi. dan berjalan dengan lancar. amin amin...

Allah yang Maha mengetahui. Allah yang berkuasa ke atas setiap makhluk... think positive. :)

Bye. Love u.

Tuesday 12 November 2013

Apa yang jadi sepanjang semester 3! (Syed Syamim- Tasha Manshahar- Ustazah Siti NorBahiyah Mahmud)

Assalamualaikum.

Jenjengg ...with my boyfriend. *pleaseeeee lah mira jangan perasannnnn sangat*



Nampak dak tuuu??? Semestinya bukan budak perempuan tudung kelabu tu. dan bukan jugak mata tuh.
Rasa excited giles wey. Atas tu ada Syed Syamim n Tasha Manshahar.
Depa tengah tunggu nak perform.

Dulu....Aku pernah mimpi Syed Syamim mai rumah aku. hehehe. Tu pon rasa best dah. Aku mimpi time minggu aku sangat stress dengan pi China tu... Malam tu lah aku fedup nak baca buku, dan Syed Syamim datang menjelma. hahaha. Malam tu jugak aku mimpi soalan Memo naik exam dan benda tu betul okey.

Lama dah aku minat dia. Aku rasa suara dia melting. hahahaha. nampak dak geges sangat kt situ? --'
Lepas tu rasa hilang ja..biasa biasa ja...
tapi tetiba pulak dia mai sini...minat balik la....

Punya semangat beli tiket tuh. RM10 hinggit ja..hehe.


First aku tengok gambar syikin gan dia. Aku rasa sayu sangat wey....
Kenapa dia tunduk bagi sama dengan ekin.:'(

Gambar aku dengan dia tak lawa pon.. 
Serius rasa takut nak snap. Jantung tu dup dap. Macam lah dia kenai ang mirah oi
Bukannya nak melamar or merisik or bertunang or akad nikah kannn.

Aku tengok banyak kali..kenapa jadi macam ni...Then..owhh.
Aku kan rendah..hehe. dia takut kepala tadak lah tu. so aku okay.:)

Disebabkan gambar dia gan aku tak cantik. Aku banyak laaa snap pic dia gan  orang lain.curi curi snap lah.
Syikin cakap. Pegi jala beratur snap lain.

You know what? Malu wey..walaupun kemungkinan dia nak ingat aku dah snap tadi tadak langsungg. negatif negatif. tapi aku tetap malu. hahaha



Tasha Manshahar lak. serius comel. cantik. peramah. 
sesuai sangat dengan Syed Syamim yang pemalu tu. :)

Tengokkkkk!!!!! Gambar gan Tasha pon aku tak puas hati jugak. 
Kenapa aku macam bgharfrcxedktld jaaa

Aku tatau malam tu aku sedih apa sampai mood terus ja sedih. gambr pon sedih. Aishhh!!

Bila aku kaji balik gambar ni. I know what.. 
Tasha pegang pinggang aku. dan aku terkaku kat situ tak berani tegakkan badan/ hehehehehhehe/


Tak apalah.. Janji aku jumpak kan. Rasa happy kan bila orang kita minat jumpak realreal. hehe.
Cuba terumpak lee min ho tepi jalan. 
aku rasa aku //// haila..senyum tak berhenti.


Okes...Ni Ustazah siti Nor Bahiyah Mahmud.

Beliau datang bagi ceramah. Besttt sangat !!!!

"Dont touch me, Im hottt u know."


.................................................................

Psssttt:  Aku rasa excited sangat nak pi Langkawi. Harap berjalan dengan lancar.
Kalau lah tak jadi.. kalau lah tak jadi...aku sedih kot. sebab aku yang paling banyak dok survey nak booking nu ni na nu ni naa.....


Homemade Piza Mudah lagi Senang!!

Assalamualaikum.


Dah lama aku simpan nak buat tak jugak terbuat-buat. Akhirnya berjaya jugak buat. Bukan apa..Asyik barang tak cukup ja..

Mak ayah aku xberapa nak suka sangat western food ni. Aku suka masak gini-gini kalau cik azyan ada rumah ja. Boleh dia tolong habiskan. Ingatkan dah tak habis sebab azyan tadak rumah.
Aku pegi la dapur nak makan lah sebab rasa macam ada lagi 2 slice. tengok-tengok dah habis..hehe. laku juga ehh.

Macam mana rasa?? Tak lah sehebat piza hut gan Dominos tuu.. Okelah jugak. Sedap.
Simple ja nak buat. Serius.


Bahan-bahan:

Base piza ( Beli ja kat kedai kek tu. Personal saiz: RM3 (2). Regular: RM7 (2) )
Sos prego. (Aku pakai Prego cendawan punya sebab yang ni ja aku pernah rasa pon.)
hot dog.
ayam
sayur-sayur potong.
chess (utk topping)

Prego.

Cara-cara buat:

1. Goreng dulu hot dog. Ayam semua tu.. Goreng biasa-biasa ja hotdong tu sebab japg nak bake dalam oven lak.
2. Sayur campur yang dalam paket tu..Rebus dalam air mendidih dulu. Bagi lembut sikit.
3. Then, tumis la bawang merah sikit. Masuklah sos prego dalam tu..Biarkan sekejap.



4. Dah selesai campur semua sekali...Masa untuk letak atas base roti.


5. Letak lah topping chess tu bebenayak masa ikut suka hati sendiri la....kalo ada lada benggala .letak jela. ikut kreativiti masing-masing.


6. Bakar dalam oven. suhu ikut oven memasing lah. berapa lama..ikut rasa hati jugak...
Macam mana nak tau dah masak. Cubit lah sikit roti tu kan. Tengok rasa roti mentah lagi ke belum.

Done!!! Selamat mencubaaa!


Disebabkan makaroni ada lagi sikit. Aku buatlah makaroni..hehe. rajinkan. Yummmyy!!




Saturday 9 November 2013

Apa yang jadi sepanjang semester 3 ! (Dikir Barat)

Assalamualaikum.

Rajin kan aku update blog tiaptiap hari?? hehe. sebab cuti sem ni dah nak habis.
Kena meluangkan masa sikit utk belog.
Banyak benda jadi sebenarnya sepanjang semester 3 ni. Jom tengok jom!!!!



Kami menang tempat PERTAMA dalam pertandingan DIKIR BARAT !!

Dan tahniah jugak untuk aku dan ekin sebab menag MULTIMEDIA TERBAIK!!!

ramai sangat-sangat-sangat orang tak percaya kami menang. Kami sendiri pon terkedu kot time tu. Diam sebentar gitu la. Iyala. Tak sangka KOOT.



Tapi bila fikir balik, sebab kami menang banyak kategori.
Mutimedia terbaik. Pemain musik terbaik. Tok Juara terbaik. so. mestila markah kami paling tinggi kan.

Kalau nak ikutkan. Ya ampun.....Hampir-hampir nak tarik diri tau tak. Bergaduh macam apa lagi. Aku tak campur sebab aku bahagian lain. bukan Awok-awok. Banner tu buat sendiri je tau. Kelas-kelas lain semuaaaanya depa print pakai yang hebak tu. Kami je lukis. hihi. Sapa lukis nii. cantiknyaaa..:D
Aku la. :P  Joi juga. dan syapik jugak. dan ekin jugak. dan syahirah jugak. dan fii jugak.



Duit tu kami semua overnight pergi PENANG!!! walaupun apa yang dirancang tak menjadi.. tapi pengalaman tu sangat lah seronok.


Semua ada 5 biji kereta. Ini kereta aku. Kami sewa jaa.. Satu kereta semua 5 orang. Mana lagi 2???
Selamat tido dah. Nampak dah muka-muka tak mandi?? letih sangat sesat jalan.

Sebelah aku tu Joi. dan belakang Jem. Syikin dan Mek. Tinggai yang ni ja. Aku letak la gambar ni dalam wechat. haha. Palahin bole ragu-ragu dengan jantina Joi tu..tu la weyy. simpan lagi rambut pepanjang!


Kami pegi Batu Feringgi. Tapi kan tadak gambar ponnn...Sebab malam yang gelap gulita. Muka sendiri pon tak nampak. Inikan pula gigi.  Buat unggun api. Main air. Main pasiir buat istana. duduk sembang merapu.
Tunggu la sampai siang. Pi la sat Queenbay semua tu. Esoknya. kereta kami sesat sampai 2 kali. Jenoh orang mai cari. Aku berapa kali geram dengan jalan penang yang macama rutjafcdade. eh. salah jjalan pulak? ang yang tak pandai.




Yang ni ja mampu lagi bukak mata. Budak-budak kelas aku ada la...tapi tak ambik gambar gan depa. Jemy dok tido sengsoran dalam kereta tu. dia ponin kepala.
tau tak kat mana ni?? Atas feri tuuu. Yang paling atas tu.. Yang tempat kapten bawak feri tu. kat situ la. kami dijemput naik kat atas tengok pemandangan. hihi. bertuahnya rasa jadi orang femes. Depa la. aku tumpang sekaki ja. 

takut kot nak turun tu. sebab tinggi. Jalan macam nak turun dalam kapal selam tu. terowong bawah tanah jugak. macam tu la lebih kurang. Jatuh hempap besi jaa..


Mempersembahkannnnnnnn !!!!

Jejaka idaman melayu terakhir zaman ini..

Azrul Sapikkk!!!



Byeee.!

Friday 8 November 2013

Hey, betul ke perangai aku macam tu hah!

Assalamualaikum.

Amin. Asal pakai baju color sama dengan aku hahh!!


Salam jumaat dan selamat pergi balik solat jumaat.
Terlupa pulak nak cerita pasal result. Result aku sem ni. YEAY!!
alhamdulillaah.. Aku harap harap sangat sem depan pon yeay jugak. Macam boleh teka sebenarnya.
sebab rasa tu...rasa tu macam time aku nak tengok result masa part 1. bukan part 2..
alhamdulillah.. Aku ketaq giles kot time jawab final exam dulu. serius tak tipu. sebab harapan tu aku letak tinggi. so ketaq la...

Jom kita tengok rahsia tarikh lahir bulan FEBRUARI. Sesapa yang lahir bulan sama dengan aku jooom kita tengok. Betul sangat k????

Ini dari Dr. Fadhilah Kamsah..

Banyak yang betul.

1) Berfikiran abstrak
2) Sukakan benda yang realiti dan abstrak
# Aku tak faham apa tu abstak2 lah. Sukakan realiti? hmm. cerita dalam novel tak realiti kan? tapi aku suka. hee..tak sama

3) Inteligent, bijak & genius.
4) Berpesonaliti mudah berubah,
# Bijak aku tatau. hahahha. Bijak sangat ke kau mira?? Kalau rajin baca buku banyakbanyak kali aku rasa jawapan tu betul.
#Peragai mudah berubah? Yang tuuu rasa macam betul. Sebab dalam aku tengah sedih stress plus tension tuuuu bila aku dah start gelak. Aku berubah jadi happy.

5) Mudah menawan orang lain
# Mana lah nak tau.  Kena tanya la orang yang tertawan dengan aku tuh. Iya dakkk? :P

6) Agak pendiam, pemalu & rendah diri.
# Yeay. Aku ni perempuan melayu terakhir tauu tak. Mak mentua semua pakat beratur nak orang yang pemalu ceni. Sila lah percaya. hihi .. Macam aku cakap. Aku pendiam dengan orang yang aku tak pandai nak masuk. Contohnya. Aku sengsorang dalam group budakbudak HOT kelas aku tu. Sah2 mmg diam la.. Then. dengan orang yang baru aku face-to-face.

7) Jujur dan Setia pada segalanya.
# Hahahahahahaha. Setia sangat kkkk??? Macam tak setia jek. Macam tak setia jek. Aku tatau lah. Aku kena sayang orang betul-betul dulu. Kot.
# Jujur? Yap. betulll dan tak betul. Betul:  Kalau aku tak rindu orang tu. Aku cakap saja tak rindu. Malas nak mainmain dengan perasaan orang ni. Baik takk? Tak betul: Aku sebenarnya tengah marah gilagila kat dia ni. tapi aku tetap cakap aku tak marah.

8) Keras hati untuk mencapai matlamat
9) Tidak suka dikongkong.
10) Mudah memberontak apabila dikongkong.
# Yap. aku tak suka kena kongkong. Buat semua benda tak boleh. Aku tak suka tu. Buat semua benda nak kena bagitau. haha. Balik rumah mesti kena kongkong. Nak keluar gi jejalan asyik tak boleh ja. Apa aku buat? Aku bersiap. dan "mak nak keluar gan kengkawan kejap". hee. takkan mak aku nak suruh aku tukar baju balik kot kan?? *jangan tiru aksi ini*

11) Suka kegiatan yang lasak
12) Emosinya mudah terluka & sangat sensitif.
# Aku benci pergi kem. Sebab semua benda nak kena rushing. Kalau aktivitiaktivi tu aku suka.
# Sensitif? Kadang-kadang. kot.? Ikut juga la..tak lah sangat pon.

13) Mudah mempamirkan marahnya.
14) Tidak suka benda yang remeh-temeh.
# Aku rasa aku suka pendam marah aku. Tapi bila aku marah aku suka membebebel sengsorang.haha. Ada borang kosong tanjung rambutan??

15) Suka berkawan tapi kurang mempamirkannya.
# Yap . aku suka ramai kawan.

16) Sangat berani & suka memberontak.
# Berani aku ikut tahap keadaan ketakutan. haha. Apasal banyak kali suka memberontak niii.
# Oh. tetiba terigat aku benda. Mybe lah aku suka memberontak. Sikit la...sikit ja tak banyak dan tak selalu pon. Dulu masa aku stay hostel. Kami junior marah giles dengan kakakakak senior dorm kami.  Then dah cakap. Kalau depa nak buat roll call jangan ikut. Buat-buat tidur. Lepas tu. Memang buat-buat tidur la. tapi lepas kena pujuk. Aku sorang ja tetap dengan buat-buat tidur tu. sampai kawan-kawan tarik aku jatuh katil. Tetap aku buat-buat tidur. Sakit hati punya pasal la.

17) Bercita-cita tinggi & suka berangan2 & ada harapan utk merealisasikan impiannya.
# Betul!! Aku suka berangan. hahaha. Sebab tu aku suka tulis cerpen.

18) Pemerhatian yang tajam.
19) Suka hiburan dan sukan
20) Suka benda yang bersifat seni
# Aish. Aku paling benci sukan wey. Sebab tu aku selalu risau kalau aku asyik makan banyak. dan sebab tu aku tak rasa nak tukar bilik level 1 walaupun aku kena ulang alik naik turun tangga sehari 5 kali dari tingkat 4 pon. sebab aku tak suka senaman.
# Seni. Yes. sangat sangat sangat sangat minat. minat. minat. minat.

21) Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
# hahaha. Aku rasa macam betul. Sebab orang selalu berangan mesti gini kan? Bukan sekarang umur baru 19thun. Bukan dengan boyfren aku. aku nak romantika sangat. nanti suami lah.

22) Berkecenderungan pada benda yg tahyul.
# Erkkkk?? -.- terlekat tulang ayam.

23) Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
# hahahaha. betul! Ini kalau ada duit dan barang cantik. Bila dah cukup syarat. apa lagi?? Serangg!!!

24) Belajar untuk mempamirkan emosi.
# Ai ai kapten!! iyaka aku tak pandai sedih time sedih, Aku rasa aku selalu gelak bila aku happy. Menangis walaupun benda tu tak la sedih mana. haha. tak cukup pamirkan ka??


BYE!



} Lagi 3minggu nak abes cuti. dan nak pi cuti kat langkawi!!! Hope jadi. Amin.
Psssst : TERsuka aku? hm..tataulaaa.



Wednesday 6 November 2013

Aku adalah aku.

Assalamualaikum.

Aku. kenapa dengan aku? Aku suka melawak. aku suka gembira. aku suka happy. eh, ko mira. happy gembira tu tak sama k? -.-'
Aku suka merapu. Aku suka bergurau. Sampai la semalam. Ada something yang tetiba buat aku terpikir.
Orang boleh terima k? Orang suka k? Orang tak kutuk k kita mcam budak-budak? Mature la sikit?

disebabkan ayat sorang ni buat aku ter..... kedu? pana? kejut?

"Ini univerla bukan kampung"

I know lah you. Aku pon study u jugak. Ingat ang sorang keee? Jangan la sombong plus bongkak sangat dengan u ang tu. Jangan jadi kacang lupakan kulit sangat la..Sedar sikit. Ang pon asal kampung jugak. Cuti sem balik kampung tu la jugak.

Geram lah jugak kan. Tapi biasala. Baru lepas baik. tak kan nak cari pasal baik. Kitew sabarkan diri sajala..
Lepas dia cakap macam tu. Aku macam tersedarla. hey mira. tak mature sangat k aku melawak macam tu?

Just wait and see laaa. Aku nak jadi serius. Aku nak dressing kebaaabom. Aku nak..macam-macam la..
Itu yang aku nak buat. tapi bila fikir fikir balik..

Macam mana aku nak jadi serius? Boleh serius tapi kita serius sesuai dengan keadaan tempat situasi lah kan. Aku melawak bergurau pon macam tu lah jugak. ikut situasi. ikut manusia .

Aku adalah aku. Aku tak boleh jadi orang lain. Tak kan nak paksa diri jadi orang lain kot?
Yes. i am 19 years old. Ketawa perlu dalam hidup kan?
Perangai malas ke rajin tu lain la cerita. Memang perlu berubah yang tu.

Macam mana peragai aku dulu eh? Aku rasa aku seorang yang pendiam. Macam mana tetiba boleh berubah menjadi seorang yang peramah tah. -.-

Kalau sapa tak kenal aku..aku memang macam ni.. Aku suka bergurau merapu dalam mcg saja. Bila face to face. Aku seorang yang pemalu. sila percaya. haha. Aku tak pemalu dengan orang yang memang dah biasa face to face dengan aku ja. Dengan kawan-kawan rapat. Tak pon yang pandai treat aku so aku boleh ikut. Atau dengan orang yang aku jumpa tak kenal (macam mana nak cakap yang ni) Macam mak cik cleaner tengah cuci toilet. Aku boleh jadi ramah.

Aku suka gelak dengan kawan-kawan. Dalam sedih pon boleh lagi happy. Bila ada masalah. masuk ja kelas. rasa mcam lupa. itula aku tak rasa apa bila tak couple. Kawan-kawan ada.

Siapa cakap tak .pernah puas hati dengan kawan-kawan rapat.? Mesti ada kan. Assignment kadang-kadang. Rasa macam stress ja. Kadang-kadang aku rasa nak jadi seorang yang pendiam.
tapi dah cuba... tak boleh la..Aku akan okey dengan sendirinya. Aku akan jadi aku balik. Aku tak boleh jadi orang lain..

Ada seorang budak laki kelas aku.. Dia besday sama dengan aku. just tua setahun ja. Bila tengok peragai dia. Aku terfikir. Macam ni ka perangai aku? Sebab masa kami overnight Penang haritu..dia sorang laki dalam kereta kami. Aku try nak sembang. Dia tak berapa cakap banyak. Asyik dengan handphone ja.-.-
tapi aku tengok dalam group chat. dia seorang yang bole tahan lawak la..peramah la..

Aku tanya jemy. Perangai aku gan dia nak sama tak? Jem cakap lebih kurang la. Ramah pada orang yang kenal. Then. dia dah tukar kereta. so tak boleh kenal lebih sikit lagi. tak apa.

Rasa macam menyesal tegur dia balik. Aku tak kenal dah siapa dia. Aku lupa dah yang aku baru nak kenal balik perangai dia. hati-hati la..
haha. tersentap jugak ya. okes la.Just jangan fikir ja. So akan hilang lama-lama.
Lebih baik dari ayat bagi dia minum air longkang? -.-'

I want to said. Thanks.
Sebab pernah buat aku happy.






Monday 4 November 2013

Quote : Seorang kawan

Assalamualaikum.


Kepada budakbudak SPM STPM semoga berjaya dalam exam..

Kawan? Rakan? Sahabat? semua sama kan..
Bila aku dengan kawan-kawan aku tak rasa bosan pon...Kenapa kita tak bosan walaupun kita kawan banyak tahun tapi dengan bf kita bosan kalau sgt lama.?
Ayat aku penin sikit. hihi

Bila dengan kawan-kawan kita bole gelak dengan ikhlas gembiranya kan..
Kawan itula yang ada bila kita sedih. gembira.

Aku suka keluar dengan kawan-kwan..suka gelak happy dengan kawankawan. rasa hilang segala masalah..
contohnya hari tu. tension giles asyik sesat jalan. dengan kereta manual aku bawak. dengan tak makan lagi. dengan macmmacm dengan lah. 
tapi bila dah ada something lawak. gelak kejap. dan benda tu dah settle. okay,

hm..aku tak tau nak cakap banyak hari ni.
i have to go... nak pegi beli bihun sup kejap yahh. 
byebyee//