Monday 26 May 2014

Cari cari rumah sewa (student uitm merbok)

Assalamualaikum.

Selamat malam diucapkan untuk semua tetamu yang hadir. Eh? Tetiba. kbai

Okey. Sebenarnya aku nak menaip ni lama pasal rumah sewa ni lama dah. Tapi asyik postpone ja.  Macam entri aku pegi Langkawi tu. Sampai ke sudah. Diam tak berkutik.

Tanpa melengah-lengahkan masa lagi. Mari kita mulakan cerita kita oke. (ko dah kenapa mira?. -.-)
7.6 ni bermula lah kisah aku sebagai student semester akhir, in sya Allah. Doa-doakan lah ya. :)
Bila nama pon semester akhir. so kolej pon macam tak mau terima dah la (tapi bila mntak ramai jugak dpt. kalau lah aku tau akan dpt. memang dgn semangat aku isi borang kolej. sob sob )

1. First of all. sebelum nak cari rumah sewa. Mestilah kena survey dulu harga berpatutan ke tak dengan kemudahan, barang-barang, peralatan and so on.

2. Sapa study Uitm Merbok. Rumah sewa area situ banyak banyak banyak sangat. Pepandai la ampa survey. Nak senang. Just pegi ja portal Uitm. http://kedah.uitm.edu.my/v1/info-for/currents-students/info-for-student?start=20.
Kat situ banyak contact number tuan rumah. Call ja la.

3. Cara lain selain ambik dekat portal ialah. Ampa kena rajin ronda-ronda kawasan taman la . Nanti ada la papan iklan dekat pintu pagar rumah. Fasa 1,2,3,4,5 n taman dekat Tupah tu.
Berdasarkan pengalaman aku pegi survey.  Taman dekat Tupah tu banyak kosong dan agak murah. Dah nama pon macam agak tersorok gitu, jalan kelam bila malam (Eh?), agak bahaya untuk perempuan aku rasa.
Taman paling dekat ialah belakang bank simpanan nasional.

4. Harga tu ikut tahun la. Tahun 2014 ni ha. Biasalah. Harga barang naik. Harga rumah pon sibuk nak beratus sekali. Harga paling murah aku survey RM 350 (itu pon sebab rumah kosong. Just ada dinding.tingkap.lantai.langsir.air.bilik etc)
Standard aku rasa RM 500-RM600 lah.( Yang ni Fully Furnish okey)

5. Dan seterusnya mestilah kena bayar deposit kan? Ini yang macam OMG sikit. Start cari rumah sewa utk semester depan mestilah hujung sem kan? Bila nama hujung sem. Rasa-rasa tiap-tiap hari makan maggi ka Pizza? hihi.
Ada yang tuan rumah sewa tak kisah deposit berapa. Janji bagi sebagai perjanjian kita comfirm nak rumah tu. Kalau tak rugi lah depa tetiba kita cancel kan?
Ada yang sampai beribu sorang deposit. Sebab? Masuk duit bil air lah. Bil elektrik la. Duit sebulan siap-siap la.-.-

6. Kalau dah rasa berkenan di hati tu. Pegi lah tengok rumah tu dulu macam mana. Dan bandingkan. Berbaloi ke idak dengan harga tu?
Takut japgi. Rumahnya cekuit tapi harga --'
Setiap taman. lorong perumahan tu. Lain rumahnya ha. Macam Fasa 4. rumah depan besor-besor. rumah belakang. kos rendah tapi dalam taman yg sama.

7. Aku pon ada jugak nombor phone rmah sewa. Ada la sikit. Kalau nanak PM. Kalau aku simpan lagi.:)

Oke, tu ja mybe tips nya kot. ? Aku cakap berdasarkan pengalaman aku ja. Okeh. :)

Ni rumah yang pernah aku survey. Sebenarnya banyak. Tapi ni rumah yang aku berkenan kt hati jela. Gambar tu tak snap sangat pon.

1. Ini rumah sewa polis bantuan. Perempuan. Akak apa nama lupa.



Kami gi tengok 3 buah rumah sewa akak ni. Rumah first tu memang oke dah. Senang nak cari. Tapi memandangkan keluar pintu nampak hutan getah. Cancel. Rumah ni tak snap pon sebab ada orang. student lelaki,
then gi tengok rumah kedua pulak. Orang lain semua setuju tapi aku macam berat hati sikit lah. Sebabnya rumah tu kat area Tupah. then rumah tu dah lama tinggai. Aku tengok pon seram oke. Tapi luar tak nampak seram pon.  Rumah tu luas (dalam). Harga pon oke. Fully Furnish lagi walaupun peti ais kena letak bata kan. deposit dy MAHAI. -.-

2. Ini pulak rumah Pak Cik baik.



Sebelum jela baiknya. Walaupun rumah tu kecik siki t. sikit ja. tapi takpala. RM500 fully furnish (siap ada almari besor sorang-satu). Depan rumah taman permainan (bole lah menjuai cekelat :p) Jiran sebelah pulak student laki. (bole la jeling-jeling). Aku tipu ja,. mana bole gatal2. Jiran tengok oke.
Memang aku dah set date dengan Pak cik ni nak bayar deposit. Tetiba dia boleh pulak mcg aku.(aku simpan mcg ni sampai ke detik ini ha)

"Dik minta maaf byk sbb rumah tu anak kawan baik saya nak duk so saya terpaksa bagi kat anak dia"

Aku agak mesti anak kawan baik dia tu Degree. Sebab time tu degree nak masuk kan. N betullatu.
Dengan hati yang kuciwanya aku rehda. Aku suruh Intan reply mcg p.cik tu. Intan marah jugak lah kan. Terpaksa la cari rumah sewa lain pulak.

Nak dijadikan cerita selepas sebulan Tiba-tiba ada mcg masuk.

"Rumah masih available sbb anak kawan saya tak jadi lak sewa. Jika masih berminat bagi tau. Sorry"

Aku tak reply pon sebab kami dah dapat rumah time tu. Aku malas nak reply sama sebab geram giles. Cakap tah apa-apa. Dah la sibuk seteress dengan event. Lagi mencari pasal kan.
Tapi lepas tu aku reply jugak tanya. hihi. Dan dia kata dah ada orang (entah la betul k tak)

3. Rumah ni kekawan aku yang jumpak; Fasa 5.

 
ini bilik master.

RM 600 fully furnish.(tapi tadak tv.) Aku macam tak setuju sebab baget aku bawah dari RM100 sorg, tapi. hm. biasalah. kawan-kawan kan. Masam muka jugak la pasal rumah sewa ni. Setuju jela dengan hati tak berapa boleh terimanya.
Then bila aku gi tengok.Oh. Bole terima dah. Sebab cantik rumahnya. Patotlah harga pon sedikit cantik. Pagar siap bebunga lagi u. Jiran sebelah kanan student jugak tapi perempuan dan sebelah kiri family rasanya. Lupa.

 
ini bilik hujung sekali. Badan toilet dalam blik ni. --'



oke. Bye. :)


[ Disinilah startnya bergaduh sikit. Bukan dgn tuan rumah. Tapi dengan kekawan. Sebab? Nak pilih bilik. Semua nanak bilik master. Semua takmau bilik hujung. Orang yang gi cari tu dah siap tempah nak dok blik mana. (Ya. tak cakap salah) tapi tak smua orang setuju gitu. Harap sangat lepas ni boleh bertolak ansur. berkerjasama. tolong menolong. haha..
Lagi seminggu nak masuk tetiba kawan sorang ni pulak family dy tak bagi dok rumah dewa. Then acena tu? Aku tak mau bayar lebih daripada RM100 okey. NOKTAH!!!

Aku pon taktau apa akan jadi seterusnya ni. Aku harap semuanya baik-baik ja. dan tinggalkan kenangan manis kami kekawan. Amin...Amin. Amin..]

Sedangkan lidah lagi tergigit. Inikan pulak kekawan kan? Aku harap sangat semuanya oke.










Wednesday 14 May 2014

Makaroni Bakar

Assalamualaikum.

Lai lai. Okey. Hari ni aku nak share resipi makaroni bakar. Sedap okeys.
First time aku makan . Time tu hawa. roommate aku bawakkan. Terus mintak resipi.

Sebenarnya resipi ni untuk liya.  Dia dah tersilap beli cheese. Dia tak tau nak buat apa. So aku suggestkan buat makaroni bakar ni.

  

Simple aja bahan-bahannya. PREGO tu yang CENDAWAN punya ya.
Daging or ayam tu kalau biasa. Hiris la bagi kecik kecik.

1. Rebus dulu makaroni. Masuk air. sedikit garam dan sedikit minyak.  Makaroni agak-agak la berapa orang nak makan lah. 
Apa fungsi minyak dengan garam? Aku pon taktau.  Tak sempat nak tanya chef pulak kenapa.

  

2. Lepas dia dah masak. Toskan. Jangan biar sampai kembang pulak. -.-
Macam mana nak tau masak? Makan la satu makaroni tu. Tak keras maksudnya masak lah. hihi.

3. Then. Dalam kuali lain. Letak minyak sikit. Goreng daging/ayam/hotdong sampai masak. Daging/ayam tu cincang la bagi kecikkecik. Lagi banyak lagi sedap.

4. Lepas dah masak. Masuk PREGO CENDAWAN. Kalau pakai tin kecik. Masukkan ja semua. 



4. Then. Masuk makaroni yang dah masak tu. Kacau sekejap jadi la. Sebab japgi nak masuk oven plak. Satgi kering sangat pulak.

5. Oke. Masa untuk kita letak cheese. First letak dulu makaroni bagi rata. Then letak la cheese atas makaroni tu. Next. letak makaroni pulak. Gilir-gilir la. Sampai habis makaroni. 

Aku suka cheese banyak. So bubuh la banyak slice. 



6. Letak cheese banyak-banyak sikit yang atas sekali ni. Aku bubuh sikit jek tu. 
Then. Bakar la dalam oven lebih kurang 10-15 minit. Bagi cheese tu cair ja. 



7. Tada!!! Sudah siap tersediaaa. Tak boleh dibayangkan. SOoo Yummy. Aku yang menaip pon lapar sekali. Boleh la dimakan sewaktu panas-panas. Sedapp!!!!!!



Makaroni ni aku tak bakar n letak cheese. Just goreng ja, lebihan prego buat Piza.

  

Selamat mencuba !