Friday 8 November 2013

Hey, betul ke perangai aku macam tu hah!

Assalamualaikum.

Amin. Asal pakai baju color sama dengan aku hahh!!


Salam jumaat dan selamat pergi balik solat jumaat.
Terlupa pulak nak cerita pasal result. Result aku sem ni. YEAY!!
alhamdulillaah.. Aku harap harap sangat sem depan pon yeay jugak. Macam boleh teka sebenarnya.
sebab rasa tu...rasa tu macam time aku nak tengok result masa part 1. bukan part 2..
alhamdulillah.. Aku ketaq giles kot time jawab final exam dulu. serius tak tipu. sebab harapan tu aku letak tinggi. so ketaq la...

Jom kita tengok rahsia tarikh lahir bulan FEBRUARI. Sesapa yang lahir bulan sama dengan aku jooom kita tengok. Betul sangat k????

Ini dari Dr. Fadhilah Kamsah..

Banyak yang betul.

1) Berfikiran abstrak
2) Sukakan benda yang realiti dan abstrak
# Aku tak faham apa tu abstak2 lah. Sukakan realiti? hmm. cerita dalam novel tak realiti kan? tapi aku suka. hee..tak sama

3) Inteligent, bijak & genius.
4) Berpesonaliti mudah berubah,
# Bijak aku tatau. hahahha. Bijak sangat ke kau mira?? Kalau rajin baca buku banyakbanyak kali aku rasa jawapan tu betul.
#Peragai mudah berubah? Yang tuuu rasa macam betul. Sebab dalam aku tengah sedih stress plus tension tuuuu bila aku dah start gelak. Aku berubah jadi happy.

5) Mudah menawan orang lain
# Mana lah nak tau.  Kena tanya la orang yang tertawan dengan aku tuh. Iya dakkk? :P

6) Agak pendiam, pemalu & rendah diri.
# Yeay. Aku ni perempuan melayu terakhir tauu tak. Mak mentua semua pakat beratur nak orang yang pemalu ceni. Sila lah percaya. hihi .. Macam aku cakap. Aku pendiam dengan orang yang aku tak pandai nak masuk. Contohnya. Aku sengsorang dalam group budakbudak HOT kelas aku tu. Sah2 mmg diam la.. Then. dengan orang yang baru aku face-to-face.

7) Jujur dan Setia pada segalanya.
# Hahahahahahaha. Setia sangat kkkk??? Macam tak setia jek. Macam tak setia jek. Aku tatau lah. Aku kena sayang orang betul-betul dulu. Kot.
# Jujur? Yap. betulll dan tak betul. Betul:  Kalau aku tak rindu orang tu. Aku cakap saja tak rindu. Malas nak mainmain dengan perasaan orang ni. Baik takk? Tak betul: Aku sebenarnya tengah marah gilagila kat dia ni. tapi aku tetap cakap aku tak marah.

8) Keras hati untuk mencapai matlamat
9) Tidak suka dikongkong.
10) Mudah memberontak apabila dikongkong.
# Yap. aku tak suka kena kongkong. Buat semua benda tak boleh. Aku tak suka tu. Buat semua benda nak kena bagitau. haha. Balik rumah mesti kena kongkong. Nak keluar gi jejalan asyik tak boleh ja. Apa aku buat? Aku bersiap. dan "mak nak keluar gan kengkawan kejap". hee. takkan mak aku nak suruh aku tukar baju balik kot kan?? *jangan tiru aksi ini*

11) Suka kegiatan yang lasak
12) Emosinya mudah terluka & sangat sensitif.
# Aku benci pergi kem. Sebab semua benda nak kena rushing. Kalau aktivitiaktivi tu aku suka.
# Sensitif? Kadang-kadang. kot.? Ikut juga la..tak lah sangat pon.

13) Mudah mempamirkan marahnya.
14) Tidak suka benda yang remeh-temeh.
# Aku rasa aku suka pendam marah aku. Tapi bila aku marah aku suka membebebel sengsorang.haha. Ada borang kosong tanjung rambutan??

15) Suka berkawan tapi kurang mempamirkannya.
# Yap . aku suka ramai kawan.

16) Sangat berani & suka memberontak.
# Berani aku ikut tahap keadaan ketakutan. haha. Apasal banyak kali suka memberontak niii.
# Oh. tetiba terigat aku benda. Mybe lah aku suka memberontak. Sikit la...sikit ja tak banyak dan tak selalu pon. Dulu masa aku stay hostel. Kami junior marah giles dengan kakakakak senior dorm kami.  Then dah cakap. Kalau depa nak buat roll call jangan ikut. Buat-buat tidur. Lepas tu. Memang buat-buat tidur la. tapi lepas kena pujuk. Aku sorang ja tetap dengan buat-buat tidur tu. sampai kawan-kawan tarik aku jatuh katil. Tetap aku buat-buat tidur. Sakit hati punya pasal la.

17) Bercita-cita tinggi & suka berangan2 & ada harapan utk merealisasikan impiannya.
# Betul!! Aku suka berangan. hahaha. Sebab tu aku suka tulis cerpen.

18) Pemerhatian yang tajam.
19) Suka hiburan dan sukan
20) Suka benda yang bersifat seni
# Aish. Aku paling benci sukan wey. Sebab tu aku selalu risau kalau aku asyik makan banyak. dan sebab tu aku tak rasa nak tukar bilik level 1 walaupun aku kena ulang alik naik turun tangga sehari 5 kali dari tingkat 4 pon. sebab aku tak suka senaman.
# Seni. Yes. sangat sangat sangat sangat minat. minat. minat. minat.

21) Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
# hahaha. Aku rasa macam betul. Sebab orang selalu berangan mesti gini kan? Bukan sekarang umur baru 19thun. Bukan dengan boyfren aku. aku nak romantika sangat. nanti suami lah.

22) Berkecenderungan pada benda yg tahyul.
# Erkkkk?? -.- terlekat tulang ayam.

23) Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
# hahahaha. betul! Ini kalau ada duit dan barang cantik. Bila dah cukup syarat. apa lagi?? Serangg!!!

24) Belajar untuk mempamirkan emosi.
# Ai ai kapten!! iyaka aku tak pandai sedih time sedih, Aku rasa aku selalu gelak bila aku happy. Menangis walaupun benda tu tak la sedih mana. haha. tak cukup pamirkan ka??


BYE!



} Lagi 3minggu nak abes cuti. dan nak pi cuti kat langkawi!!! Hope jadi. Amin.
Psssst : TERsuka aku? hm..tataulaaa.



No comments: