Sunday 13 January 2013

Bulan 4. Trip ke China.:D

Assalamualaikum.

OMG! rindu giles dengan blog ni. Lama giles tak menaip dalam ni. dalam ni jala.
sekarang dalam lab. Sembunyisembunyi bukak. Sebab dekat Lab sja line laju.
harap dekat bilik? Line uitm bestttt betui.
serius lajuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu giles sampai aku tak boleh bukak.
tengok bertapa banyak U nya.sampai tak terkata lah. Nak bagitau line tu laju.
Minggu ni banyak dugaan oowh aku dapat. macammacam.
bilik tak dak elektrik sampai 4 harilah. laptop masuk viruslah. duit aku hilang lah. apalagi lah erk?
hmm. takpala...
terima dengan redha. biarkan hari ini lebih baik dari semalam kan. keep smile:)))

Okeh. Nampak tak tajuk entri aku kat atas tuh?
Percaya tak? :DD


Tengok yang biru tuh. Impian tahun lepas punya. Selepas aku tengok entri Fatin liyana tuh and
cerita korea yang berlambak2. serius cantik-cantik. geramm...
Tibatiba suatu malam yang hening. roomate aku si hawa memecah suara di keheningan malam.
Dia cakap lec dia gitau fakulti math buat business dengan modal seribu. and depa akan bawak pergi Hong Kong, Guangzhou dan Shenzuan. Satu group 4 orang. Segala makanminumhotelflight akan ditanggung oleh Uitm dan selepas berjaya interview tuh depa akan bawak pergi buat passport.
Uitm akan bagi modal seribu dan kita akan beli barang dekat sana. Balik jual sini.
Seribu tu kena bagi balik dekat Masmed dan yang lebih untung group lah.. gitulah yang disampaikan oleh kawan aku.
Serius. Memang inilah saatsaat yang ditunggu. Terkebilkebil aku dengar dia cakap.

guangzhou
Hongkong

Shenzuan
Sapa yang tak teringin nak pi kan?

Dengan gumbiranya aku tanyalah kengkawan aku. Depa semua setuju kecuali Intan dan Jemmy.
Sebab takut tak boleh dapatkan seribu tuh untuk bayar balik modal yang Uitm bagi.
Bila tanya en. malik lec business. Dia bagi komen positif. So. kami pon beranilah.....
lagipun program ni hanya terbuka untuk part 1, 2 and 3 saja.

PROJEK PEMBORONGAN SIRI KE2 UITM KEDAH 2013.
Done. isi dan hantar. Just tunggu interview 21.1.2013 ni saja.:)
Serius rasa tak sabar. Nak buat elok-elok time interview tuh. Memang lah kan.. 
bukan senang orang nak bawak jauhjauh FREE gitu saja. So. kenalah berusaha.
Aku pon dengan bersemangatnya. Buat ulangkaji.
haha. OVER! Sajasaja ja. 

bertapa gigihnya aku mencari maklumat.
Macammacam benda aku dapat time aku google.
Menambah pengetahuan jugak. Bagus kat situ.
Antara infonya ialah China ni tempat untuk memborong barang paling murah.
Macammacam barang dijual. Pasal weather pulak.
Winter: Jan- Feb
Spring: March-May
Summer: June-Sept
Autumn: Sept- Dec
Uitm bawak bulan 4. time cuti semester. Maksudnya tengah musim Spring. Bungalah kan.
Macam2 aku baca pasal business dari blog Shahabudeen Jalil. 
Ilmu dapat bolehlah..untuk menambah sedikit pengetahuan dalam berbusiness ni.

"Untuk mencapai sesuatu kita perlu ada matlamat yang jelas, untuk mencapai matlamat, kita perlu ada keinginan yang tinggi, untuk mencapai keinginan yang tinggi kita perlu kuasa bertindak yang luar biasa"

Tapi aku takut nak letak harapan yang tinggi. Nanti kalau tak berjaya aku akan sedih.
Ada rezeki insyallah...

Then. tibatiba. Aku tertengok dekat board sebelah kiosk pasal benda tuh.
Kena Rm 300 kalau yang berjaya interview.
Pikir balik. takpalah. Bukan senang. Hanya bayar RM 300. tapi boleh pergi jauh.
Kalau kita pi sendiri. Lebih Rm 300.
Bila pulak aku nak pi sendiri. Lambat lagi lah maksudnya.

Next, tibatiba. Intan bagitau bahawasanya roomate dia gitau satu kumpulan 4 orang. tapi hanya seorang dipilih untuk pi sana.
Hampanya dengar kat situ. Aku tak berapa yakin kat situ.
Tapi kena yakinkan diri sendirikan. Aku boleh.
Aku hairanlah. kenapa seorang ja. Memanglah nak kurangkan perbelanjaan.
Tapi kan bila pikir balik. kalau 2 orang pon okeylah setiap kumpulan.
sebab mestilah nak beli barang tuh nak tanya pendapat group jugak.
Berapa banyak nak beli. Harga dia. Design dia. Bukannya sorang ja decide kot?
bukannnya kita tau apa yang jual kat sana.
Bukannya boleh call kawan group kat Malaysia ni. Mahai kot.
lainlah kalau dalam Malaysia jugak kan...
Itu yang aku pikir.

Dan hari ni. Tetiba aku ternampak pasal program tu dekat Portal Uitm Kedah ni.
Ada detail2 perancangan program tuh....
Baru lah aku tau detail2nya....
Kalau tidak dengar orang cakap. Baca maklumat tak lengkap.
dan..
taktahulah apa takdir aku selepas ni.
Aku dipilih atau tidak. Hanya Allah yang tahu.:)
Tunggu interview nanti....

*tajuk entri macam comfirm dah dapat tuh. hahaha.;)
Mintak maaf.:)









No comments: