Monday, 26 May 2014

Cari cari rumah sewa (student uitm merbok)

Assalamualaikum.

Selamat malam diucapkan untuk semua tetamu yang hadir. Eh? Tetiba. kbai

Okey. Sebenarnya aku nak menaip ni lama pasal rumah sewa ni lama dah. Tapi asyik postpone ja.  Macam entri aku pegi Langkawi tu. Sampai ke sudah. Diam tak berkutik.

Tanpa melengah-lengahkan masa lagi. Mari kita mulakan cerita kita oke. (ko dah kenapa mira?. -.-)
7.6 ni bermula lah kisah aku sebagai student semester akhir, in sya Allah. Doa-doakan lah ya. :)
Bila nama pon semester akhir. so kolej pon macam tak mau terima dah la (tapi bila mntak ramai jugak dpt. kalau lah aku tau akan dpt. memang dgn semangat aku isi borang kolej. sob sob )

1. First of all. sebelum nak cari rumah sewa. Mestilah kena survey dulu harga berpatutan ke tak dengan kemudahan, barang-barang, peralatan and so on.

2. Sapa study Uitm Merbok. Rumah sewa area situ banyak banyak banyak sangat. Pepandai la ampa survey. Nak senang. Just pegi ja portal Uitm. http://kedah.uitm.edu.my/v1/info-for/currents-students/info-for-student?start=20.
Kat situ banyak contact number tuan rumah. Call ja la.

3. Cara lain selain ambik dekat portal ialah. Ampa kena rajin ronda-ronda kawasan taman la . Nanti ada la papan iklan dekat pintu pagar rumah. Fasa 1,2,3,4,5 n taman dekat Tupah tu.
Berdasarkan pengalaman aku pegi survey.  Taman dekat Tupah tu banyak kosong dan agak murah. Dah nama pon macam agak tersorok gitu, jalan kelam bila malam (Eh?), agak bahaya untuk perempuan aku rasa.
Taman paling dekat ialah belakang bank simpanan nasional.

4. Harga tu ikut tahun la. Tahun 2014 ni ha. Biasalah. Harga barang naik. Harga rumah pon sibuk nak beratus sekali. Harga paling murah aku survey RM 350 (itu pon sebab rumah kosong. Just ada dinding.tingkap.lantai.langsir.air.bilik etc)
Standard aku rasa RM 500-RM600 lah.( Yang ni Fully Furnish okey)

5. Dan seterusnya mestilah kena bayar deposit kan? Ini yang macam OMG sikit. Start cari rumah sewa utk semester depan mestilah hujung sem kan? Bila nama hujung sem. Rasa-rasa tiap-tiap hari makan maggi ka Pizza? hihi.
Ada yang tuan rumah sewa tak kisah deposit berapa. Janji bagi sebagai perjanjian kita comfirm nak rumah tu. Kalau tak rugi lah depa tetiba kita cancel kan?
Ada yang sampai beribu sorang deposit. Sebab? Masuk duit bil air lah. Bil elektrik la. Duit sebulan siap-siap la.-.-

6. Kalau dah rasa berkenan di hati tu. Pegi lah tengok rumah tu dulu macam mana. Dan bandingkan. Berbaloi ke idak dengan harga tu?
Takut japgi. Rumahnya cekuit tapi harga --'
Setiap taman. lorong perumahan tu. Lain rumahnya ha. Macam Fasa 4. rumah depan besor-besor. rumah belakang. kos rendah tapi dalam taman yg sama.

7. Aku pon ada jugak nombor phone rmah sewa. Ada la sikit. Kalau nanak PM. Kalau aku simpan lagi.:)

Oke, tu ja mybe tips nya kot. ? Aku cakap berdasarkan pengalaman aku ja. Okeh. :)

Ni rumah yang pernah aku survey. Sebenarnya banyak. Tapi ni rumah yang aku berkenan kt hati jela. Gambar tu tak snap sangat pon.

1. Ini rumah sewa polis bantuan. Perempuan. Akak apa nama lupa.



Kami gi tengok 3 buah rumah sewa akak ni. Rumah first tu memang oke dah. Senang nak cari. Tapi memandangkan keluar pintu nampak hutan getah. Cancel. Rumah ni tak snap pon sebab ada orang. student lelaki,
then gi tengok rumah kedua pulak. Orang lain semua setuju tapi aku macam berat hati sikit lah. Sebabnya rumah tu kat area Tupah. then rumah tu dah lama tinggai. Aku tengok pon seram oke. Tapi luar tak nampak seram pon.  Rumah tu luas (dalam). Harga pon oke. Fully Furnish lagi walaupun peti ais kena letak bata kan. deposit dy MAHAI. -.-

2. Ini pulak rumah Pak Cik baik.



Sebelum jela baiknya. Walaupun rumah tu kecik siki t. sikit ja. tapi takpala. RM500 fully furnish (siap ada almari besor sorang-satu). Depan rumah taman permainan (bole lah menjuai cekelat :p) Jiran sebelah pulak student laki. (bole la jeling-jeling). Aku tipu ja,. mana bole gatal2. Jiran tengok oke.
Memang aku dah set date dengan Pak cik ni nak bayar deposit. Tetiba dia boleh pulak mcg aku.(aku simpan mcg ni sampai ke detik ini ha)

"Dik minta maaf byk sbb rumah tu anak kawan baik saya nak duk so saya terpaksa bagi kat anak dia"

Aku agak mesti anak kawan baik dia tu Degree. Sebab time tu degree nak masuk kan. N betullatu.
Dengan hati yang kuciwanya aku rehda. Aku suruh Intan reply mcg p.cik tu. Intan marah jugak lah kan. Terpaksa la cari rumah sewa lain pulak.

Nak dijadikan cerita selepas sebulan Tiba-tiba ada mcg masuk.

"Rumah masih available sbb anak kawan saya tak jadi lak sewa. Jika masih berminat bagi tau. Sorry"

Aku tak reply pon sebab kami dah dapat rumah time tu. Aku malas nak reply sama sebab geram giles. Cakap tah apa-apa. Dah la sibuk seteress dengan event. Lagi mencari pasal kan.
Tapi lepas tu aku reply jugak tanya. hihi. Dan dia kata dah ada orang (entah la betul k tak)

3. Rumah ni kekawan aku yang jumpak; Fasa 5.

 
ini bilik master.

RM 600 fully furnish.(tapi tadak tv.) Aku macam tak setuju sebab baget aku bawah dari RM100 sorg, tapi. hm. biasalah. kawan-kawan kan. Masam muka jugak la pasal rumah sewa ni. Setuju jela dengan hati tak berapa boleh terimanya.
Then bila aku gi tengok.Oh. Bole terima dah. Sebab cantik rumahnya. Patotlah harga pon sedikit cantik. Pagar siap bebunga lagi u. Jiran sebelah kanan student jugak tapi perempuan dan sebelah kiri family rasanya. Lupa.

 
ini bilik hujung sekali. Badan toilet dalam blik ni. --'



oke. Bye. :)


[ Disinilah startnya bergaduh sikit. Bukan dgn tuan rumah. Tapi dengan kekawan. Sebab? Nak pilih bilik. Semua nanak bilik master. Semua takmau bilik hujung. Orang yang gi cari tu dah siap tempah nak dok blik mana. (Ya. tak cakap salah) tapi tak smua orang setuju gitu. Harap sangat lepas ni boleh bertolak ansur. berkerjasama. tolong menolong. haha..
Lagi seminggu nak masuk tetiba kawan sorang ni pulak family dy tak bagi dok rumah dewa. Then acena tu? Aku tak mau bayar lebih daripada RM100 okey. NOKTAH!!!

Aku pon taktau apa akan jadi seterusnya ni. Aku harap semuanya baik-baik ja. dan tinggalkan kenangan manis kami kekawan. Amin...Amin. Amin..]

Sedangkan lidah lagi tergigit. Inikan pulak kekawan kan? Aku harap sangat semuanya oke.










Wednesday, 14 May 2014

Makaroni Bakar

Assalamualaikum.

Lai lai. Okey. Hari ni aku nak share resipi makaroni bakar. Sedap okeys.
First time aku makan . Time tu hawa. roommate aku bawakkan. Terus mintak resipi.

Sebenarnya resipi ni untuk liya.  Dia dah tersilap beli cheese. Dia tak tau nak buat apa. So aku suggestkan buat makaroni bakar ni.

  

Simple aja bahan-bahannya. PREGO tu yang CENDAWAN punya ya.
Daging or ayam tu kalau biasa. Hiris la bagi kecik kecik.

1. Rebus dulu makaroni. Masuk air. sedikit garam dan sedikit minyak.  Makaroni agak-agak la berapa orang nak makan lah. 
Apa fungsi minyak dengan garam? Aku pon taktau.  Tak sempat nak tanya chef pulak kenapa.

  

2. Lepas dia dah masak. Toskan. Jangan biar sampai kembang pulak. -.-
Macam mana nak tau masak? Makan la satu makaroni tu. Tak keras maksudnya masak lah. hihi.

3. Then. Dalam kuali lain. Letak minyak sikit. Goreng daging/ayam/hotdong sampai masak. Daging/ayam tu cincang la bagi kecikkecik. Lagi banyak lagi sedap.

4. Lepas dah masak. Masuk PREGO CENDAWAN. Kalau pakai tin kecik. Masukkan ja semua. 



4. Then. Masuk makaroni yang dah masak tu. Kacau sekejap jadi la. Sebab japgi nak masuk oven plak. Satgi kering sangat pulak.

5. Oke. Masa untuk kita letak cheese. First letak dulu makaroni bagi rata. Then letak la cheese atas makaroni tu. Next. letak makaroni pulak. Gilir-gilir la. Sampai habis makaroni. 

Aku suka cheese banyak. So bubuh la banyak slice. 



6. Letak cheese banyak-banyak sikit yang atas sekali ni. Aku bubuh sikit jek tu. 
Then. Bakar la dalam oven lebih kurang 10-15 minit. Bagi cheese tu cair ja. 



7. Tada!!! Sudah siap tersediaaa. Tak boleh dibayangkan. SOoo Yummy. Aku yang menaip pon lapar sekali. Boleh la dimakan sewaktu panas-panas. Sedapp!!!!!!



Makaroni ni aku tak bakar n letak cheese. Just goreng ja, lebihan prego buat Piza.

  

Selamat mencuba !

Wednesday, 16 April 2014

Street art, Pulang Pinang


Assalamualaikum.

Hoi hoi.. hampir sedekad rasanya senyapkan blog nih. Semester ni dugaan paling banyak. Dan paling busy. -.-
Sekarang. tengah start cuti sem. Dan aku tak abes lagi tugas semester lepas. Apa cer ni haa! malasnyaa.
Miss syam bagaikan bayang-bayang ja. ples lari jauh-jauh sikit...

Okes. sudah. Hari tu. aku pegi jejalan with my roommate. Semester ni last kami jumpak. semester depan masing-masing dah hal masing-masing. Aku dengan hawa dah pindah rumah sewa memasing utk semester last. insyallah. Alia stay kolej sbb dia punya kos sampai semester 6. Aku kenal my roommate masa semester 1. umur 18 time tu. sampai lah sekarang umur 20. so. 3 tahun gitu la.. Bila aku selalu stress dekat kelas. depa la pendengar setia dengar aku punya bebelan yang tah apa-apa tuh. Thanks sbb sudi dengar cik amirah ni membebel tah apa2.

Okes. Start cita ya.

Kami stay Uitm Merbok. Sungai Petani lah kiranya....dari sp nak ke penang tak lah lama mana. Lebih kurang sejam ja pon.
(Tol awal tu dari sp-sg.dua kalau tak silap. rm 7.00 dan tol dekat jambatan 3.50)*just utk aku tengok balik.

Macam mana nak cari street art ni?

Senang ja sebenarnya. Aku tak berapa suka jalan Penang sebab semak kepala. Jam ja keja kan. Kereta banyak. Jalan pening kepala. Sebab aku selalu pegi follow kereta kawan asyik sesat ja.

Street art ni kat George town. Kalau naik jambatan. Just follow ja sign board George town. Then cari ja tempat naik Ferry dan Cruise tuh. Bila dah sampai area Jeti Ferry tuh. Kome jangan pegi naik Ferry pulak. Cari ja area situ MASJID KAPITAN KELING. pusing ja area situ, jumpak la. Tepi jalan ja masjid tu. Just jangan pegi cari dalam lorong-lorong bangunan pulak. Cari masjid tu dekat jalan utama.


Bila dah jumpa masjid tu maksudnya anda berada di tempat yang betul. So pegi la parking kereta. moto. basikal or whatever la. Parking ja tepi2 lorong tu. Banyak tempat park.

Okey. Pilihan kat situ. hampa boleh naik beca. sewa basikal. or jalan kaki jek. Aku naik beca. Naik beca mudah bagi orang yang tak tau tempat2 mural tu kat mana. or. sesapa yang first time kan. Beca pilihan terbaik anda. sebab pakcik beca tu memang dah tau kat mana nak bawak kita.

Sewa beca? ikut juga. Aku punya RM 25/ 1jam 2 orang. ada yang RM10/person.
Basikal pulak aku taktau sebab tak tanya pulak. Basikal sewa boleh dapat dalam lorong-lorong bangunan tu.



Apa lagi aku nak cerita? hmmm. kami puas pusing jugak sebenarnya. sebab tak tau jalan. Padahal senang ja nak cari. Bila nak beca. Baru nampak. alahai. tadi kita naik kereta lalu lorong ni dah. Just tak masuk dalam lorong-lorong lain. So. dinasihatkan. ringan-ringankanlah kaki tuuu nak berjalan. :)

Meh tengok gambar.


















Kalau hampa nak tau sebelah masjid kapitan keling tu ada NASI KANDAR BERATUR yang femes yang Penang tuh. Area situ memang susah nak cari kedai makan sikit. Aku tengok asyik kedai makan Cina ja. -.-

Masjid surau pon susah nak jumpa area situ. Last2 pegi masjid keling tu ja. Besar cantik masjidnya.
Time sembahyang magrib gn isyak ramai ja aku tengok mamak muslim pegi sembahyang jemaah tau, Imam bagi tazkirah pon dalam bahasa depa. Dua patah pon aku tak paham. Just sepatah ja faham. Muhammad saw.

Untuk kedai makan yang famous area george town tu Padang Kota. Area komtar lah jugak kan. Jalan aku tak berapa nak pasti sangat. Sebab kami pegi malam. dan kami follow abang polis. heh?

Yang aku tau,. dari masjid kapitan keling tu. sebelah kanan masjid. terus ja kot.
Dekat sini. banyak gilessss makanan penang. tak yang paling popular tuuuu semestinya pasembor. Mcam dok tengok dalam cerita. ada cucur udang bertingkat-tingkat tu kan?
situ la. tapi hati-hati nak pilih. kang tercekik tulang ayam dengar harga pulak.
Pilih la yang rasa-rasa nak makan kalau budget tak cukup. RM 80 pon bole jadi tau untuk pasembor saja.

Aku makan nasi goreng pattaya paprik. dan semestinya harga dekat foodcourt amanjaya murah lagi,
Kalau nak try char keuw teow pon okey jugak. Udang p
uas makan. tapi. sikit ah keuw teuw tu kan.
Kalau hampa pegi sini jangan terkejur tetiba terus orang akan kerumun tanya order. sampai taktau nak order apa. Apa depa sebut pon dah penin.

dan. nasihat seterusnya ialah. Parking kereta elok-elok area Padang kota, Keta kami kena saman dengan masjis bandaran, so sweet. -.-

dan hari ni jugak hari malang bagi aku. Pagi kena marah dengan miss sham. Malam buat kerja kantoi dengan polis bantuan. dan keesokkan paginya. dahla menumpang tidur rumah orang. Blackout pulak tu pepagi tu.
Sungguh seram percutian kami.

Monday, 10 February 2014

Terima kasih.

Assalamualaikum.

Haigo. Aku nak jadi pendiam plak la. Bye.

Itu orang selalu cakap. Jangan terlampau memendam rasa. Luahkan sama. Bila biarkan lama.
sekali marah. dia akan effect lama dan berkali-kali sebab.
sebab.

sebab.

akan terkait segala benda yang dipendam selama ni.

Right?



Tuesday, 19 November 2013

Agar-agar zirafah aka Gwang Soo

Assalamualaikum.

Hari ni aku nak kongsikan satu resipi yang mudah, senang, mudah dan senang. Buat cekodok pon tak mudah macam ni. eerrk? ya ke?

Sangat sedap okey. Rasa susu milo yang cair didalam mulut. 
Lagi sejuk lagi bertambah tambah tambah sedap. Yummy. Boleh bayang?
Aku suka bangeeet buat macam macam macam jenis agar-agar, puding ginigini..
sebab. cepat habis, then mudah. next sedap. dengan cuaca panas memang sesuai la!

Aku buat tadi petang. Malam dah tinggal sikit. 
Oppss. lupa. Agar-agar zifarah sebab ada lah sikit. S.I.K.I.T mcam zirafah tu. :P

Jom tengok resipi ni. Alaa...macam nak buat agar-agar biasa la. tambah milo bagai tu ja pon.

Bahan-bahan:
Daun pandan
400ml susu sejat/ susu cair (satu tin)
800ml air 
3/4 cawan gula
agar-agar
milo


Cara-cara;
1. Masak air + susu sejat + gula + daun pandan(simpul) kedalam periuk. Biar sehingga gula hancur.
2. Basuh dulu agar-agar tu..then masukkan dalam periuk. (kalau pakai yg jenis tali) 
3. Biar agar-agar hancur. Bahagikan 2 bahagian. 1bahagian utk letak milo (agak-agak ja) tapi pastikan yang milo sikit dari susu.
4. Bahagian milo dikeraskan terlebih dahulu. Then potong la kecik-kecik.
5. Masuk dalam bekas yang bahagian susu tuh. then tabur jela agar-agar milo.
6. Done.


Done. Jemput makan. Gambar tak cantik betul. -.-





Monday, 18 November 2013

Sungkyunkwan Scandal

Assalamualaikum.



Siapa tengah follow drama korean ni angkat tangan????
Drama ni ada di TV4. Setiap isnin hingga jumaat jam 12tengah hari, 
12 tengah hari memang waktu membosankan untuk orangorang yang tengah goyang kaki makan tidur dekat rumah right??? muhaaaha
macam aku la tu. #lagi 4hari nak say byebye kat home sweet home.:'(

aha.dekat astro pon ada. saluran 391. jam 2.25..tapi kan tadi pukul 3.37. aku pon tatau yang mana satu betul ni. aish-.-

Macam mana cerita ni??
Pernah tengok drama He's beautiful?
Pernah tengok drama To the beautiful of you?
haaa..memang sebijik. sesama. dengan kedua-dua cerita yang saya sebutkan di atas ya. 
Cuma. yang lain tu. Ini cerita dia zaman Joseon. 
tapi bessstttt sangat!!

He's beautiful jenis music kan....
To the beautiful of you sekolah sukan...

Drama ni lain sikit. Meh aku cerita serba sikit.
Kim Yun Sik (perempuan) tu dia miskin, tadak ayah, adik sakit. dan zaman Joseon tu perempuan tak boleh belajar. tak boleh kerja. So demi nak sara keluarga. nak ubat adik dia sakit..dia terpaksa jadi lelaki dan kerja. Dia kerja ambil upah menulis puisi.

Nak dijadikan cerita. Dia diarahkan untuk menjual jawapan puisi dalam dewan peperiksaan. Zaman Joseon ni kalau nak jadi pekerja kerajaan kena lulus dulu exam tuh.
Kim Yun Sik ni tersilap jual jawapan puisi dekat anak perdana menteri. nama dia Lee soo jun. (kot? nama aku tak pandai nak mengeja)
Then. anak perdana menteri ni bagitau raja dan mereka diperintahkan utk masuk sekolah Sungkyunkwan. 
Sekolah tu sekolah lelaki dan sapa yang dapat masuk sekolah tu sangat sangat sangat pandai la. 
Disitulah segala cabaran bermula. 


Tadaaa.. Song jong ki berlakon sama! :D


Watak Jong ki dalam cerita ni selalu buat lawak.

Macam cerita lain jugak. Selalunya mesti hero yang nombor 2 akan dapat tahu dulu rahsia tu kan.
Geol-oh yang tau dulu Kim Yun Sik tu perempuan. tapi biasala aku tau punya. mesti hero first tu yang akan dapat nanti. Kasihan Geol-oh..dia dah selalu lonely gitu.

Sebenarnya..aku tak berapa minat sangat cerita topi besar rambut panjang baju besar  gini. tapi disebabkan aku ternampak perempuan tu pernah berlakon dalam city hunter yang sangat bessst tu dan hero tu aku kenal dalam Rooftop Prince. so aku pon tengok laaa.
rupanya sangat besssstttt!!!!!!

Aku tak sempat nak tengok habis cerita ni. :'( 
sebab dah nak habis cuti. Maybe aku akan tertinggal dalam 5 episod kot. 
Korean bukan banyak sangat episod macam cerita indon tuhkan.
Nak tengokkkkkk!!


Aku dah terjatuh hati kat seseorang. Geol-oh yang atas tu.
Bila aku tengok dia lelama aku rasa dia comel sangat. hehehehe.
Mata dia...comel!
dan disebabkan watak dia dapat sama. sangat cool. Serius. 
aku selalu kesian kat dia...

Okes. Pic perempuan aku terlupa nak download lak. Perempuan ni sangat comel. Pipi tembam mcam nak cubiiiit ja. Try tengok dia berlakon dalam city hunter.
tapi dia just sesuai dengan Lee Min Ho ja.
#aku tengok The Heirs Lee Min Ho with Park Shin Hye tak sesuai langsung. -.-
Opppss. hihi. aku cakap pandangan aku ja. 

Byeee!


# Why man always like this..? Sapa tengah permain sapa sebenarnya ni.. Aku cakap betul-betul dia cakap aku permainkan dia. tak faham betul. -.-


Thursday, 14 November 2013

Manyak susah hati ooooow.

Assalamualaikum.

Okes. Aku tatau nak cakap apa lagi. Aku sebenarnya dah okey hari ni. Semalam ja susah hati.. Tapi tetiba malam menjelma muncul balik susah hati tuh.

Aku kalau susah hati. Makan tak lalu tidur tak lena. mandi tak basah. Makan tak kenyang. Wat keja semua tak kena.

Pasal apa aku susah hati??

hm..pasal percutian baget kami ke Langkawi. Kenapa nak susah hati lak kan??

sebab. Aku yang booking homestay, car rental bagai. Aku tak susah hati sangat car rental sebab akak alia yang tolongkan. tetiba tak dapat..aku tatau lah kan..tpi dah comfirmkan..

Homestay ni...aku dah bayar dah deposit 150..tapi aku tengok dekat dy punya calendar booking. tarikh aku ambik tu..md.S.???????

tapi. aku hantar mcg. en.Razif tu reply lak cakap oke. dah terima. tengok dekat calendar booking apa2.

ini sebab tetiba en.raziff tu mcg..selepas 5minit aku call dia lah.
"puan just nak survey dulu k tadi or memang dah jadi sebab ada orang tanya tarikh yang sama"

mau tak terkejut risau aku. Cepat-cepat aku pi bank ooowhhhh!!!

Bukan apa...yang merisaukan..kenpa calendar booking tu nama tu..Aku takut japg kami pi. orang len yang ada saja. tak naya kat situ. tapi tak mungkin kan??

Kenapa tak call? Habis cerita.

hmmm..tulah. aissh. aku tak suka bbnor admin ceni lah. Aku selalu akan pikir apa tanggapan orang kat kita.

Paham?? tapi bila tak call. risau. hmm. tataulah wey. syaitan nak mainmainkan fikiran aku ni ..
suka ceni. kenapalah .tak dak apala mira. semua okay jala mira. serius semua akan okay. no worry mira.

nasib baik tarikh memang nak dekat dah. kalo tak boleh sakit jantung aku harihari.

macam mana lah ni. ni baru benda simple nak kena arrangekan.naty dah wat benda len agi. kalo asyik susah hati ceni. tua lama2 ang mirahhhh oiii.-.-

okela.aku memang ceni. first time keja dulu pon rasa sama kan. nak masuk u pon rasa sama kan. nak tinggai rumah pon rasa sama kan. nak pindah sekolah pon rasa sama kan. even nak kenduri rumah aku dulu pon aku boleh tanya my mom.

"Kalau kita masak bebanyak besok orang tak mai makan kenduri macam mana??"

Ngek tak ngek. hehe. fikiran bebudak dulu okeh.

okeyla. aku harap apa yang dirancang menjadi. dan berjalan dengan lancar. amin amin...

Allah yang Maha mengetahui. Allah yang berkuasa ke atas setiap makhluk... think positive. :)

Bye. Love u.