Wednesday 28 December 2011

Cerpen: Cerita kita..



"Hoi, tunggu aku!" jerit Kamarul kepada Dyana.

"Spa hoi? botol kicap pon ada nama. Sedap-sedap kau panggil aku hoi. Cepat la sikit lari tu..Pondan pon tak macam kau..Nanti kena marah dengan prof kena kau dengan aku!" marah Dyana sambil berlari ke dewan kuliah. 
Sudah beberapa hari mereka terlambat. Semuanya gara-gara menunggu Kamarul. Kamarul kalau bersiap mengalahkan perempuan. Nasib baik Kamarul kawan baiknya sejak kecil.Jika tidak buang masa menunggu Kamarul.

"Huh,sampai juga akhirnya. Da nak tercabut kaki aku..Kalau masuk lumba lari da lama jadi juara." kata Dyana sendirian.

Dia berdiri di hadapan pintu dewan. Hanya menunggu masa untuk masuk dan mengadap singa laut. Dyana memerhati sekeliling melihat kelibat Kamarul tetapi tiada.

" Ah, lantak lar. baik aku masuk dulu dari tunggu mamat sorang ni." Dyana monolog sendiri

Sebaik sahaja menolak pintu dewan, wajah Prof. Zaidi Abu Talib memandang tajam ke arahnya.

"Kamu lagi! Asyik muka kamu lambat, kawan kamu mana? Alasan apa pulak kamu nak beri hari ni?" bertubi-tubi soalan yang dikemukakan kepada Dyana.

Dyana hanya tersengeh.

"Prof.. Kalau ya pon prof rindu saya..jangan terjah-terjah. Terkejut saya. Saya terlewat sikit ja, bukan tak datang terus. Prof jangan marah nanti muka yang dah memang ada kedut tu.bertambah pulak. Prof juga susah." jawab Dyana selamba.

" Kamu ni. Saya tanya sepatah kamu jawab berpatah-patah. Pergi duduk sekarang." balas Prof Zaidi. Dia sudah sebati dengan sikap Dyana. Memang ada sahaja jawapan yang diberikan. Dia tidak menafikan walaupun Dyana seorang yang nakal tetapi dia seorang yang rajin.

"Thank you, prof. Tapi kan prof....bukan saya dah lama duduk ka?" kata Dyana membuat muka blur.

Prof.Zaidi hanya mengelengkan kepala.

Selepas beberapa minit kelihatan Kamarul masuk termengah-mengah. Dia terus mengambil tempat di sebelah Dyana yang kosong. 

 " Okay, terima kasih semua. Jangan lupa siapkan assingment. " Prof Zaidi mengakhiri kelasnya.

 Semua orang  berpusu-pusu keluar dari dewan kuliah.

" Dyan, aku tak puas hati dengan kau. Sedap mulut kau cakap aku pondan. Tak lama orang makan nasi kau aku bagi makan kerusi." marah Kamarul sambil berjalan.

"Erk? Da ku kisah? eiii..takutnya aku dengar. Dah memang betul pon. Aku nak cakap pa? Kau punya pasal kita lambat lagi. Bila moto kesayangan kau tu nak berubah, menyusahkan aku ja." bebel Dyana tidak puas hati.

"Kau jangan mengata dekat moto aku wep. Nak rosak kan. Nak wat gapo? Iyo la tuan puteri intan payung sayang. Salah aku..Jom aku belanja kau makan." ajak Kamarul.

" Tak abih-abih makan. Tak pernah kenyang. Nak tunggu perut meletup baru nak berhenti makan kot." bebel Dyana.

Kamarul hanya mendiamkan diri. Dyana kalau membebel memang tidak tahu berhenti. Jangan bagi marah. Ini la padahnya. Dia sudah masak dengan perangai Dyana.

" Hoi pondan, aku tengah marah ni...kau boleh wat bodo pulak." marah Dyana sambil menampar bahu Kamarul.

Kamarul hanya ketawa. Walaupun Dyana seorang yang kasar tetapi Dyana yang menceriakan hidupnya.

 ***
Setibanya di cafe mereka terus memesan minuman. Kamarul bergegas ke ruang makanan untuk membeli.
makanan.

" Dyan, kau tak nak makan ka? sedap ni. Tak payah la diet. Buang masa ja, bukan ada suka kat kau pon." selamba Kamarul berkata.

" Mulut kau ni memang tak ada insurans la. Suka hati ja cakap. Kau jangan cakap tak ada orang suka, nanti kau yang suka. Aku tak nak..baru kau gigit jari kaki" kata Dyana

" Hello, please. Nak suka dekat kau? baik aku suka beruk lagi bagus". balas Kamarul niat untuk melawak.

Dyana hanya menjuihkan bibir. Malas untuk bertekak. Terasa hati sungguh dengan Kamarul tetapi dia tidak menunjukkan reaksi. Dyana tahu dia hanya bertepuk sebelah tangan. Mana mungkin sahabatnya suka padanya.Jika tidak Kamarul tidak berkata begitu tadi.

" Dyan, tengok cepat. Dia tu la yang aku selalu aku cerita tu. Perempuan yang aku suka tu.." tiba-tiba Kamarul bersuara. Tersentak Dyana dari lamunannya.

"Mana?" tanya Dyana acuh tidak acuh. Dia tidak mahu mengecilkan hati Kamarul walaupun dia tidak suka mendengar cerita tentang perempuan itu.

" Yang duduk belakang kau tu" jawab Kamarul. Dyana melihat mata Kamarul bercahaya.Dyana terus menoleh ke arah yang dimaksudkan.

" Kau biar betul Kam. Tak kan dia kut. Aku tak sangka kau minat kaum sejenis. Dah abis semua perempuan kat bumi ni?" Dyana bersuara

"Oi botol sos,ni yang aku nak hangin. Bukan budak laki yang berdiri belakang kau tu. Perempuan yang tengah duduk kat meja belakang kau tu. Tak dengar ke aku cakap. DUDUK!" marah Kamarul.

 Dyana hanya ketawa.

" Apasal kau ketawa? Aku tak buat lawak pun. Orang tengah serius, dia boleh gelak sorang-sorang. Tak betul agaknya minah ni." marah Kamarul sambil menampar meja

"Releks la dear. Aku gurau ja tadi. Tahu la kau tunjuk budak perempuan tu. " balas Dyana setelah penat ketawa.

"Kau ni kan. Boleh masuk Tanjung Durian lama-lama aku kawan dengan kau. Eh, budak tu cantik kan..Ayu ja.Pakai tudung dengan baju kurung tu. Bukan macam kau.Asyik pakai baju t-shirt besar tu. Nama pa erk?" tanya Kamarul ingin tahu. Sehingga sekarang dia masih tidak tahu nama perempuan itu.

"Tadi memang aku tengah ingat nama dia tapi tiba-tiba terlupa. Nama apa tah" kata Dyana
Dyana menyambung minum tanpa melihat reaksi Kamarul.

Kamarul tahu mesti Dyana sengaja. Dyana marah la ni...detik hatinya

"Ala..kau ni. Tak kan tu pon nak merajuk kot. Aku gurau ja tadi tu. Kau lagi cantik dari serigala la." 

Dyana menarik muka masam.

Kamarul terus memujuk dalam ketawanya.

"Okay. Sorry sayang busuk. Nur Intan Dyana paling cantik di Bangladesh.Nak aku buat announcement?

"Tak payah susah-susah. Jasa anda amatlah dihargai. Kau ny Kam..penat lar.Nama penuh dia aku tak tahu pulak tapi aku dengar kawan-kawan dia panggil Hannah.Dapat juga kau pujuk aku." balas Dyana malas.

"Tengok siapa yang pujuk. Orang paling hensem di U katakan." balas Kamarul sambil tersengeh.
Sebijik macam kerang busuk. 

Dyana mencebek." Kalau tak persan tak boleh ka?"
Dyana tidak menafikan. Memang Kamarul seorang yang hensem. Ramai gadis yang tergila-gilakannya tetapi Kamarul tidak mengendahkan.

"Dyan..Can't u help me?Kau tolong risik dia untuk aku..Boleh?"pujuk Kamarul

"Kau ni... Tengok la macam mana nanti.."balas Dyana.

"Thanks darling..Kaulah kawan aku dunia dan akhirat." 

"Opps. Aku tak cakap pon nak tolong. Aku cakap tengok dulu kan??"

"Intan. Jangan macam tu. Boleh la," pujuk Kamarul 
 
" Aku tolong la tapi kau kena cium pipi aku dulu" sakat Dyana.

Terjegil mata Kamarul.Hampir tersembur air yang diminumnya.Akhirnya tersembur ketawa Dyana melihat muka Kamarul.

"Oit, aku gurau jala. Nanti aku tolong. Don't worry dear.Demi Kamarul Aisar." kata Dyana dalam ketawanya.

"Ala, Kau gurau ja ka? Aku baru nak cium betul-betul." usik Kamarul.

Merah padam muka putih Dyana mendengar usikan Kamarul.

"Ah, malas nak layan kau. Cepat makan tu. Macam mana aku tak cakap macam pondan. Makan mengalahkan gadis melayu." kata Dyana mahu menutup malunya.

"Dyan....kau baru sedar ka? Aku habis makan da lama dah. Air kau yang tak abis-abis." balas Kamarul


*P/s: tunggu sambungannyaaa.....


myramochisedangbercerita













No comments: