Tuesday 21 February 2012

kuasa warna gincu bibir.

     
  
HEllo semua. Hari ni aku nak kongsi keratan yang aku ambik dekat paper.
WARNA GINCU BIBIR.
jom kita tengok. Rahsia di sebalik pilihan warna gincu itu mewakili rahsia  sikap dan 
peribadi individu tersebut,


PELEMBAP BIBIT TANPA WARNA
 
Kebiasaanya ia menjadi pilihan bagi mereka yang ingin kelihatan semulajadi kerana tidak mengandungi sebarang warna. Mereka ini sebenarnya gemarkan hidup yang selesa, aman dan damai.

GINCU WARNA MERAH JAMBU BERKILAT.

Warna ini menaikkan pesona dan kesan seksi kepada pemakainya. Ia sesuai untuk semua jenis kulit sama ada bagi si kulit sawo matang mahupun cerah. Mereka yang memilih warna ini dikatakan seorang yang romantis, berjiwa penyayang dan tidak suka mencari masalah dengan orang lain, tapi mereka sensitif.

GINCU WARNA COKLAT.

Warna coklat menjadi pilihan mereka yang tak suka terlalu menonjol dari segi imej. Bagi mereka, bakat dan keupayaan diri adalah perkara yang lebih penting. Mereka yang memilih warna ini mempunyai keyakinan diri yg tinggi dan stabil dari segi emosi. Mereka setia dan boleh dipercayai.

GINCU WARNA UNGU.

Mereka yang memilih warna ini adalah mereka yang ada stail tersendiri dan punya pertahanan diri. Selalunya mereka ini jenis yang berpegang kuat pada prinsip diri dan tak gentar dengan orang lain.
*rasa ada ka orang pakai warna ni?--'

GINCU WARNA JINGGA.

Mereka ini adalah seorang yang berdedikasi terhadap kerjaya dan lemah lembut orangnya namun memiliki hati keras dan sanggup bertengkar demi pertahankan pendapat.
*lemah lembut orangnya tapi gincu colour jingga. macam tak sesuai jek.--'

GINCU WARNA MERAH.
 
Mereka suka menjadi perhatian ramai dan punya keyakinan diri yang tinggi, tidak suka diperlekehkan oleh orang lain. Namun begitu mereka sebenarnya baik hati.
* sapa tak tengok kalau pakai warna terang2.-..-



No comments: