Tuesday 27 March 2012

Pengalaman Malu Time sekolah..

Salam.. Acewah ko mira. Baru habis sekolah buat macam berabad dah habis. Sedar sikit..-..-
Ok..sapa tak rindu sekolah kan..Zaman remaja kebanyakan dihabiskan disitu. Universiti pulak zaman menigkat dewasa kot?
Iyalah. Time ni lah. Remaja suka mencuba perkara2 baru.
Kalau tak. Tak kan adanya panjat pagar. ponteng sekolah semua tu kan. HEm....dah lupa la macam mana nak buat karangan bm...Rindu pulak nak buat. --'

Time sekolah rendah.


Aku dah lama lupa kisah ni. Tapi tiba2 ja teringat tadi dalam kereta masa on way nak mai keja.
Otak refresh balik. Tapi nama cikgu tu aku terlupa lah. Kamal kot xsilap.
Ok dah. Time tu, ada 4 orang cikgu praktikal baru masuk. Antaranya cikgu Kamal tu lah.(Kamal pon Kamal lah mira). Dia ajar sains kot tak silap aku. Ada cikgu tuisyen penah pesan:


"Kalau nak bagi ilmu cepat masuk dan ingat. Time cikgu tu dok(tengah) terang 
or cikgu tengah bercerita di depan. Tengok muka dia"

Aku pon kononya ingin menjadi pelajar cemerlang.Setiap masa tengok ja muka cikgu tu. Cikgu tu cakap di belakang aku pusing. (skemanya ko mira...kolah rendah.(:) 
Pendek kata memang  setengah masa habis tengok muka dia ja lah.Nasib baik cikgu tu muda.. Eh2..melainkan kalau tengah menulis dan membaca ya. Sampailah time tu. Aku pergi kat tempat kawan aku. Then, tinggai lah sat meja tu. Atas tu ada buku. Aku nampak cikgu tu ambik buku aku then dia tengok nama lah kot. Pstu dia letak elok2 balik. Aku buat tak tau jala. (ingat lagi buku tu..Ada steker mikey mouse colour merah) Sampailah satu hari. Tiba2 nama aku dan ada lagi bapa org kena panggil suruh pi bilik KH(kmahiran hidup) Kena tolong cat bendera untuk sambutan kemerdekaan. Dan timetulah cikgu Kamal tu ada. Maybe dia la yg masukkan nama aku. Aku dengar dia cakap dkt kawan praktikal dy.."tula budak yang aku kata suka usya aku tu".
OMG. Dia ingat aku suka dialah kot. Tersalah tafsir la pulak. Saya hanya pelajar sekolah rendah cikgu. (:
tulah mira. tengok muka hanya dia tengah mengajar.:P
Inilah gambar sekolah rendah. Tapi cikgu tu xdkla..

Time sekolah menengah.

Banyak dah lupa. Tapi ada yang aku ingat. Time aku form1 aku kena berjalan itik dari pintu masuk kelas sampailah pintu belakang kelas. Kerana tidak dapat menjawab soalan matematik yang diberikan di papan hijau. Aku nagis time tu..hehe.
Then.time aku form 3. Masyaallah.malunya..
Dulu time form1-form3 aku tak suka kongsi masalah aku dengan orang lain. Aku geram dekat dia ka. MArah ka. Rasa macam nak penumbuk ka. Sedih ka. Suka sorang2. Dan untuk melegakan rasa tu semua aku suka tulis dekat buku or kertas lah. Diikutkan cerita.....buku bi ni.. buku kawan aku terada dekat aku.. then dia buat tak kisah ja. Sebab buku tu dah xguna. Aku ada tulisla dekat tengah buku tu. Macam luahan perasaan lah kan. Time tu aku gaduh dengan basirah( budak sebelah meja)
Aku biar jala atas meja tu. Buku bi. Sapalah nak tengok sangat.
Tetiba kawan aku bagitau."mira, Razif pinjam buku ang atas meja tu"
WOooooo..OHNO!
Aku dengan semangat rampas buku tu.. Dia gelak.dan saya tahu Dia sempat baca la yang tengah tu...!!!
"manalah aku nak tau tu diari ang. nama syarifah. Aku nak pinjam buku dia."
Time belajar dalam kelas. Tetiba orang senyap. tak dak keja dok perli.
"sudah 3 hari aku xbercakap dengan basirah..."
Nak mampos punya budak. Senyap la..Tak tau cikgu ada dekat depan ke hapa..lawak bila ingat.
Untuk sekolah guar yang tu saja aku ingat.Bila masuk form 4 aku dah tinggal diari2 ni semua..(:

with hanifa.love u!
nasib baik aku pakai kasut tinggi jugak.tak nampaklah kemetot sgt..hoho
ok.Time form5 sekolah sg.petani pulak. Tau tak. time tu bahasa melayu. Biasalah..muka toilet2 ni..
Kami 2 termasuk lewat kelas. Bila nak masuk kelas. Hairan la. Pasaipa budak2 laki duduk dekat luar kelas ni. Bila tanya lepa tak boleh masuk. Lewat.
Kami 2 try2 la jgak jengok. CIkgu cakap. Eh2..ni budak kelas mana ni.,Tak kenal pon....
Sob sob...sampai hati cikgu tak kenal kami. Tak lewat sangat pon. 
Kalau hanya kami 2 org ja lewat mesti cikgu bagi masuk dah. Memandangkan dengan budak2 laki ni..
tak kan cikgu nak berat sebelah kot. THING positve mira.
Jadi kesimpulannya,,,,,2org kami dengan budak2 laki terpaksa lah duduk di luar kelas selama 2masa bersamaan xtau la bapa jam... lama ow...dah la dengan budak2 kelas lain lalu...cikgu nampak.
Nampak macam buas sangat kami..hukhuk..yala perempuan kan.. Macam tak patut ja.
tapi denda memang penah kena macam2.. buat kereta api jalan sepanjang blok akademik la...
junjung kerusi dan jalan sepanjang blok la.(ni aku tak pernah kena)
Tapi yang kesian. Hanifa pernah kena angkat meja dan kerusi duduk luar kelas tepi tingkap time math.
Semenjak tu. Hanifa teror math dah..haha
Dan sebab aku takut kena jugak. Math aku yg lemah sgt2 menjadi baik...alhamdulilah.(:

Yang ni aku malu. Ada satu hari tu..Nak masuk makmal komputer utk kelas akdp..
Aku saja la nak melawak dgn dia ni..."wey...pasaipa kaki ang tu!!!!!"
dengan muka yang sengaja dicemaskan dan habih kerut lah dahi ni tengok kaki dia tu...
Dia pon gelabah la..Benda apa!!!???
"kenapa tak sat kaki ang berjalan" cakap dengan muka tak bersalah dan seposen.
(tak tau la org lain pernah tak buat ni)
Dia dengan muka stres turun tangga tu....Siap  hang mira.!(sebelum tu..kwn aku ni laki)
Beberapa minit kemudian....
dia naik..Cikgu rohaya pon dah nak buka pintu makmal tu...
Aku nampak dah dia sengaja sekat jalan dengan kaki dia tu...
Tapi aku buat muka mengejek la.Apalah sangat setakat sekat pakai kaki ja. Budak tadika pon tau nak langkah. Siap boleh main ziropoin lagi..
Aku pon langkah dengan berlagak. Tetiba macam mana xtau..
nak tersandung ke depan. Depan aku tu pemadam api..
Memang nak terjatuh dah. dan kalau jatuh rasanya patah gigi apa,
Dia tarik badan aku. Ala2 filem hindustan tu..
weh!!! malu ow....Mana boleh laki main pegang2 kn..TP yang ni keadaan memaksa.
Kalau nak jatuh selalunya perempuan buat apa?
menjerit kan... Memang aku menjerit la. Cikgu tengah berjalan dekat depan pon toleh..
tapi selamat la..time tu dia lepas tangan dah. Cikgu tak sempat tengok.
x( malu2...
itulah mira. Pekena lagi orang.. Kan dah kena.

malu3..tutup muka sikit..xD

mestila banyak lagi pengalaman kan. tapi biarlah yang ni ja pon..(:

No comments: